Jam Meja Spy Berkamera Digital - Exiga

Friday, 29 October 2010 14:03 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah

Artikel bank


Rekaan terbaru dalam 'Seni Pengintipan'.. memperkenalkan Exiga. Ianya berfungsi seperti jam meja biasa yang lain, tetapi tersembunyi didalamnya ialah lensa kamera video bersaiz mikro. Merakam secara senyap gambar, video beserta audio tanpa dapat dapat dikesan. "Dedahkan segala kepalsuan.."

Jam Spy Exiga

Sesuai untuk operasi merakam dan mengumpulkan bukti yang anda perlukan. Apakah jam ini boleh lakukan ? Selain dari fungsi asas sebagai Jam meja LED, ianya merakam merakam video dan audio secara digital. Berkeupayaan untuk merakam dengan bantuan sensor Pengesan Sebarang Pergerakan dan boleh dikawal dari jauh. Menawarkan rakaman video beserta audio dengan kualiti DVD (640 X 480 piksel), rakaman audio sahaja, snap gambar foto pegun (1600 X 1200 piksel). Dengan rekabentuk yang ringkas, ianya kelihatan begitu 'innocent' dan sukar disyakki sama sekali serta banyak potensi kemungkinan kegunaanya.

Exiga - Pelakun yang innocent

Fikirkan jika ada seseorang yang sedang cuba mencuri sesuatu milik anda. Bimbangkan si dia yang anda sayangi mengkhianati kepercayaan anda ? Adakah anak-anak anda atau pekerja anda sedang melakukan sesuatu yang tidak elok di bilik mereka ? Jadi anda bakal menyaksikan segala kebenaran yang selama ini terlindung dari pengetahuan anda. Sesungguhnya mengetahui sesuatu perkara adalah lebih baik dari tidak menyedari langsung ketika masih belum terlambat.

Apa yang menarik tentang gajet ini ialah keupayaan merakam dengan kualiti video DVD yang terang dan jelas secara langsung ke Kad Mikro SD bersaiz 4GB (disertakan bersama) dengan kelajuan 30 frame persaat untuk video dan audio yang bermutu. Segala kawalan fungsi gajet ini dapat dikawal dari jauh dimana anda tidak perlu menyentuhnya secara langsung untuk memberikan pilihan dalam setiap misi anda.


Rakaman video dengan pengaktifan oleh Pengesan Pergerakan: Jam meja Exiga boleh ditetapkan untuk merakam video sebarang objek yang melintas didepan lensa kamera. Ini bermakna anda boleh meninggalkan gajet pengintipan Exiga diatas meja anda dan biarkan ianya mendedahkan bukti untuk anda. Hanya sentuh satu butang di unit kawalan, anda boleh merakam / snap gambar foto pegun pada bila-bila masa diperlukan sebagai  rekod rahsia bergambar.

Jam meja Exiga ini sememangnya sesuai digunakan untuk pejabat, kediaman, atau dimana-mana saja tempat yang anda perlukan dalam mencari bukti. Tempahlah sekarang dan kami akan uruskan penghantaran Poslaju segera hari ini (setiap 2 petang kecuali Sabtu & Ahad)

Sekilas Pandang..

Exiga dari dekat

Spesifikasi Pengeluar

Exiga Diagram

Bagaimana Cara Guna: Paling baik jika anda dapat rujuk manual yang disertakan bersama. Panduan dibawah adalah berdasarkan pengalaman 1kedai dotcom.

1.     Pusing penutup putar di sebelah kanan. Masukkan kad memori SD pada slot. Kemudian hidupkan / buka suis ON untuk status sedia.

2.     Guna unit kawalan jauh untuk menghidupkan fungsi jam meja dengan menghalakan ke arah 'Penerima'. Bilamana lampu biru menyala, ia bermaksud jam Exiga dalam status bersedia (standby mode).

3.     Tekan butang Video pada unit kawalan jauh bagi memulakan rakaman video. Lampu biru akan berkelip 3 kali lalu ia padam menunjukkan proses rakaman video bermula. Berhenti menekan butang Video, fail video akan direkod (save) dan ia kembali kepada mode Bersedia (standby). Lampu biru akan menyala semula. Setiap siri rakaman adalah selama 20 minit bagi setiap fail disimpan (default).

4.     Tekan butang rakaman suara (logo mikrofon) bagi memulakan fungsi rakaman suara. Lampu biru akan berkelip sekali lalu padam menandakan fungsi rakaman suara sedang beroperasi. Tekan butang berlogo mikrofon sekali lagi. Fail suara akan disimpan (save) selama 20 minit rakaman (default), lampu biru menyala semula dan Exiga kembali dalam mod bersedia (standby) semula. 

5.     Tekan butang snap foto di sebelah kiri unit kawalan jauh bagi membolehkan Exiga mengambil gambar foto. Tekan sekali lagi butang Snap foto, ia akan mengambil satu foto dan lampu biru akan menyala sekali. Setiap kali ditekan, sekeping gambar akan di ambil lalu kembali dalam mode sedia (standby) secara automatik.

6.     Tekan butang video penderia pergerakan (butang di tengah) untuk masuk mode pengesanan pergerakan. Lampu biru pada unit Exiga akan berkelip pantas menandakan ianya berada dalam mode tersebut. Jika ada objek yang melintas dihadapan Exiga, lampu biru akan berkelip perlahan sebanyak 2 kali dan ianya akan merakam secara automatik. Jika tiada sebarang gerakan dikesan dalam tempoh yang lama, lampu biru akan berkelip pantas untuk kembali dalam mode berjaga-jaga.

7.     Tekan butang 'Power'/ Suis, dan Exiga akan padam atau tutup. Lampu biru juga akan padam.

8.     Bila suis jam Exiga pada kedudukan ÓN' hubungkan kabel USB kemudian tekan butang 'Power' pada unit kawalan jauh. Kesemua fail rakaman boleh di akses pada komputer.

9.     Pengecasan: Letakkan kedudukan suis utama jam Exiga dalam kedudukan ÓFF'. Hubungkan pada kabel sambungan USB antara jam dan mana-mana port USB contohnya pada decoder Astro atau komputer. Jangan gunakan plug adaptor yang dibekalkan kerana ianya berspesifikasi arus elektrik dari luar negara.

10.   Jika bateri dalam kedudukan paras kuasa yang rendah, lampu biru akan sentiasa berkelip-kelip atau paparan angka pada skrin menjadi kabur. Cas semula dengan segera dan fail terakhir akan disimpan (save) secara automatik.

Fungsi butang operasi unit jam Exiga:

  1. Bila butang kuasa dihidupkan atau ÓN' keseluruhan paparan LCD akan muncul selepas deringan melodi berakhir dan diikuti  paparan masa.

  2. Tekan butang 'SET' dalam kedudukan mod Time mengikut turutan dibawah. Lampu paparan akan berkelip.

Time setting - Alarm setting - On-the-hour alarm setting
  3. Tekan butang HR dibawah mod Time Setting untuk menetapkan Hour (jam) dan 'butang 'MIN' untuk set minit.
  4. Tekan butang 'SNZ' untuk penetapan alarm. Anda perlu bereksperimen untuk lebih memahaminya.
  5. Dibawah mode penetapan 'On-the-hour Alarm' Setting simbol alarm dan on-the-hour alarm''akan berkelip.

Exiga Diagram

Nota Produk:

Rakaman video merakam pada selaan masa setiap 3 minit. Paparan jam adalah berfungsi sepenuhnya. Manual ini dibuat khas untuk rujukan pelanggan 1kedai dotcom seluruh Malaysia oleh Admin 1kedai.

Kandungan pakej lengkap unit Exiga:

Pakej Lengkap Exiga

Soalan Lazim:

Bagaimana untuk saya buka fail yang dirakam oleh Exiga ?
Hidupkan gajet, sambungkan kabel mini USB, kemudian tekan butang untuk dihidupkan menggunakan unit kawalan jauh. Komputer anda akan mengesan Exiga secara otomatik.

Bagaimana untuk mengubah paparan tarikh dan masa ?
Pasang perisian pengubahsuaian masa dari CD yang dibekalkan dan turuti segala arahan.

 HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM210 Sahaja (Termasuk kurier penghantaran Poslaju dengan nombor tracking)



KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak OrderPenghantaran


 Kilik ke senarai utama

Kembali ke Katalog Utama



 



Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:59