Ashtray Pengintip Dengar GSM

Saturday, 09 July 2011 08:00 Ruzlan
Print

Artikel bank


Ashtray Alat Dengar Perbualan dengan Fungsi Panggilan Semula

 Ashtray1

Diskripsi Ringkas:

Pada asalnya, ia direkabentuk bagi kegunaan teknologi perisik tentera Jerman Timur. Apa yang menariknya, alat intip dengar ini mempunyai fungsi menelefon balik ke nombor empunya alat ini apabila sebarang perbualan dikesan berhampiran ashtray ini. Ini membolehkan pemilik ashtray ini menelefon ke nombor kad SIM yang sedia terpasang pada unit ashtray bagi mendengar sebarang perbualan dipersekitaran. Hanya letakkan ianya diatas meja mesyuarat atau meja diruang tamu kerana ashtray ini kelihatan biasa dan bersahaja tanpa ada yang mengesyaki. Segala apa yang anda tidak ketahui akan terbongkar walaupun anda sedang berada jauh dari pejabat atau rumah.

Teknologi spy pada gajet ini mempunyai mutu kejelasan sensitiviti suara yang nyata, masa standby bateri yang lebih lama, operasi yang mudah dikendalikan, ringkas, lebih stabil serta cara pemasangan yang mudah. Tugas utama iaitu berkait dengan pemantauan rumah dan pejabat serta pengawasan ruang menjadi lebih mudah walau dari jarak jauh selagi mana talian telefon GSM anda boleh dicapai. Gajet pendengar berbentuk ashtray ini menyokong GSM berfrekuensi 900/1800/1900 Mhz.

Ashtray 2
Secara ringkasnya, Ashtray pengintip dengar GSM ini mempunyai teknologi yang mendengar sebarang bunyi berhampiran dan secara automatik akan menelefon ke nombor empunya alat ini. Gajet ini harus di daftarkan terlebih dahulu ke handfon pemilik dengan menghantar kod mesej SMS bagi penetapan pengenalan. Begitu mudah sekali, hanya masukkan kad SIM samada Maxis, Digi atau Celcom tidak kira prabayar atau post-paid. Letakkan di lokasi strategik yang ingin anda pantau perbualan dan hanya biarkan perangkap anda mengena. Sebaik saja perbualan dikesan, ashtray ini secara automatik akan menelefon anda. Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil panggilan dari ashtray dan merekod terus melalui fungsi canggih handfon anda. 

Pengoperasian misi:

Terlebih dahuluanda perlu cas bateri sekitar antara 6 hingga 8 jam sebelum misi anda bermula. Buka penutup belakang dan masukkan kad SIM anda ke soket tersedia. Lampu penunjuk akan menyala diantara 5 hingga 8 saat. Selepas lampu penunjuk padam, pasang semula penutup belakang. Perhatian: Pastikan kekuatan mutu isyarat GSM adalah baik ketika anda memasangnya. Untuk fungsi pengaktifan oleh bunyi, tolak tuil suis pada kedudukan B. Aktifkan fungsi ini dengan menghantar mesej GDM plus nombor telefon anda ke nombor SIM pada ashtray untuk panggilan semula automatik. Contoh: GDM0129019001 bagi nombor Maxis. 

Jika anda tidak mahukan fungsi automatik ini, tolak tuil suis pada kedudukan A dimana ianya tidak akan mendail nombor anda. Sebaliknya ia akan berfungsi sama seperti sebuah lagi gajet popular kami iaitu Sonic Boom dimana anda perlu menelefon secara manual untuk mendengar perbualan.

Ashtray 4 

Ciri-ciri Utama:

Arahan: Sila caskan unit gajet ini antara 6 hingga 8 jam sebelum digunakan bagi memastikan ianya beroperasi paling terbaik. Gunakan hanya pengecas yang dibekalkan sahaja. Masa stanby: Jangkahayat tenaga bateri akan berkurangan antara 3 hingga 5 hari jika berada dalam mod pengaktifan automatik oleh bunyi. Jika berada dalam mod yang satu lagi (manual) bateri mampu bertahan antara 6 hingga 10 hari.

t

Pakej Termasuk :

 HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: HABIS STOK SEMENTARA WAKTU



KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak OrderPenghantaran


Kilik ke senarai utama


Last Updated on Sunday, 15 February 2015 14:50