Paparan Data Pemanduan di Kaca Depan

Thursday, 18 May 2017 00:00 Ruzlan
Print

"TETAPKAN MATA ANDA DI JALAN RAYA !"

Pernah anda lihat kokpit pilot jet pejuang ? Pada mulanya ia direka sebagai alat bantuan info penerbangan jet pejuang tentera. Kesemua maklumat info penerbangan dipaparkan terus pada kaca depan bagi memastikan mata pilot tertumpu sepenuhnya pada penerbangan atau aksi pertempuran di langit luas.

Paparan Pilot

1Kedai Dotcom ingin membawa anda rasai pengalaman memandu jet pejuang di atas jalan raya. Setiap kerlingan pada dashboard biasa bermakna anda mengalihkan perhatian mata sesaat dari jalan raya. Kemalangan juga boleh terjadi dalam tempoh waktu sesaat jika tumpuan mata anda beralih dari jalan raya.

Paparan Pilot
Paparan digital info pemanduan yang futuristik memaparkan maklumat kelajuan semasa, kelajuan putaran enjin seminit (rpm), suhu enjin, kadar penggunaan bahanapi, paras voltej bateri dan banyak lagi.
Bukan itu saja, ia turut memberi anda amaran kelajuan jika melebihi 120km/j bagi memperingatkan pemandu agar mematuhi kelajuan yang selamat.

Disamping itu juga kabin pemanduan kereta anda pasti bakal mencuri perhatian pemandu-pemandu lain di sebelah anda.
Mungkin kerana dorongan rasa ingin tahu. Itulah hasil pengalaman 1Kedai Dotcom ketika memandu terutamanya pada waktu malam.


CIRI-CIRI

Paparan Projektor dilengkapi ciri-ciri khas berikut :

  1.  Mudah dipasang walaupun tanpa pengetahuan teknikal automotif kerana ianya adalah 'Plug and Play Device'. Hanya sesuai untuk kenderaan yang mempunyai soket OBDII atau EUOBD (On-Board Diagnostic System). Selalunya kenderaan keluaran 2007 dan keatas mempunyai OBDII.
  2. Paparan yang pelbagai info pemanduan. Ianya memaparkan banyak parameter kenderaan secara serentak. Memaparkan maklumat semasa kelajuan kenderaan, keligatan putaran enjin seminit (rpm), suhu enjin (water temp), voltej bateri, kedudukan sudut pedal minyak. kadar penggunaan bahanapi serta penjimatan, amaran paras bahanapi rendah dan kegagalan fungsi enjin. Kesemua maklumat ini disalurkan dari ECU sesebuah enjin standard melalui soket OBDII.
  3. Anda juga diberi pilihan samada unit bacaan dalam km/j atau batu/j (mph).
  4. Saiz paparan 5.5 inci yang jelas adalah tidak terlalu besar atau kecil bagi mencuri kerlingan mata anda dengan pantas.
  5. Dihidupkan dan dimatikan secara automatik bagi memanjangkan jangka hayat bateri kereta anda. Suis kawalan manual juga disertakan dalam pakej dimana anda boleh memilih bila anda perlukan paparan pilot anda beraksi.
  6. Amaran kelajuan enjin pula memberitahu bilakah masa anda perlu menukar gear tepat pada masanya untuk pemandu junior.
  7. Kawalan kecerahan paparan boleh dilaraskan secara automatik atau manual mengikut keselesaan dan persekitaran semasa.

Paparan Pilot

SPESIFIKASI :


NOTA PENGALAMAN 1KEDAI :

Jika anda dapati unit paparan projektor hanya memaparkan paras voltej dalam 30 saat lalu terpadam automatik, ianya menandakan bahawa kereta anda tidak dilengkapi soket OBDII atau EOBD.

Jadi kami cadangkan supaya anda memastikan kereta anda dilengkapi OBDII atau EOBD dimana anda boleh memastikan nya di kedai-kedai
peralatan aksessori atau cari sebarang pelekat dibahagian bawah papan pemuka / bonet kereta anda.

Kebanyakan kereta di Malaysia keluaran tahun 2006 keatas dilengkapi soket OBDII.

Perhatikan bahawa soket OBDII mempunyai 16 pin.

Filem pembalik imej harus dilekatkan supaya sesuai dengan keselesaan mata pemandu. 1Kedai Dotcom menyarankan agar anda meminta bantuan dari kedai pemasang filem tinted cermin kereta untuk hasil terbaik dalam memasang filem pembalik imej yang disertakan.

Paparan Pilot
PAKEJ LENGKAP :

Y  HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM225 Sahaja termasuk kurier


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak OrderPenghantaran


Anda mungkin juga meminati gajet dibawah. Sila Klik sekarang..

Pen Pintar  s74-Jumpstarter Powerbank  GPS Tracker by Siemens 

Last Updated on Sunday, 18 June 2017 12:20