Robot Eye Gen-3 CCTV Kawalan Handfon

Monday, 21 December 2015 00:00 Ruzlan
Print

RobotEyeG3

RobotEyeG3

Memperkenalkan Robot Eye Generasi ke-3 dari 1Kedai Dotcom. Versi terbaru dari generasi CCTV Robot Eye yang terdahulu. Ianya adalah kamera CCTV tanpa wayar IP yang menyimpan hasil rakaman terus kedalam kad memori SD. Ianya merupakan kamera berteknologi P2P (peer to peer) terbaru yang membolehkan anda memantau sudut pandangan lensa dengan ciri pandangan malam terus ke telefon pintar anda. Perhatikan dari mana sahaja anda berada dari skrin telefon pintar anda.


Kebolehan kamera Robot Eye Gen-3 mendongak 120 darjah dan memutarkan sudut pandangan sekeliling sehingga 355 darjah menjadikan anda tidak perlu banyak unit CCTV dipasang untuk sesebuah ruang. Sebuah kamera yang meliputi kemua sudut pandangan.

Umpama sebuah kamera peninjau bagi helekopter pejuang Apache atau Predator UAV.

RobotEyeG3

Apa yang membezakan Robot Eye Gen-3 dengan model lain ?

Selain dari harganya yang jauh lebih murah berbanding model terdahulu, ianya dilengkapi teknologi penggera amaran terus ke telefon pintar pengguna. Sistem pengesan pergerakan (motion detect) pada Robot Eye-3 akan segera membuat panggilan automatik ke telefon pintar anda sebaik saja mengesan adanya pergerakan untuk tindakan segera.

RobotEyeG3

RobotEyeG3

Robot Eye Generasi ke-3 ini juga lebih mudah dipasang dan dihubungkan ke telefon pintar anda berbanding model generasi terdahulu. Perisian kawalan lensa kamera boleh dimuat turun dengan pantas melalui Play Store atau AppStore. Dibawah ini ada disertakan panduan mudah untuk pemasangan pantas.

Artikel bank

Teknologi baru kamera ini juga dilengkapi sistem audio 2 hala seperti intercom bagi membolehkan pengguna memberi arahan atau amaran lisan dari telefon pintar terus ke persekitaran kamera Robot-Eye itu berada.

RobotEyeG3

Ciri-ciri Robot Eye Gen-3:

RobotEyeG3

** Sila rujuk pada manual panduan (User Guide) bagi tujuan pemasangan Robot Eye Gen-3.

 HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM248 Sahaja (Termasuk kurier penghantaran Poslaju dengan nombor tracking)



PANDUAN PEMASANGAN MUDAH

Ada banyak cara untuk memasang Camera Robot-Eye3. Dapatkan kertas manual yang disertakan bersama dalam kotak bungkusan seperti gambar dibawah. Gunakan QR Scanner pada telefon Android / Iphone anda untuk install software pada handfon pintar anda. Internet pada telefon pintar anda mesti diaktifkan (connected) terlebih dahulu.

Panduan Set-up

Selepas aplikasi telah install, buka aplikasi yang telah dipasang kemudian cari kamera. Bagaimanapun contoh panduan dibawah menggunakan aplikasi XXCamera yang telah dimuat turun dari Google PlayStore.

Panduan Set-up Langkah No.1

Panduan Set-up Langkah 2

Panduan Set-up Langkah 3

Panduan Set-up Langkah 4

Panduan Set-up Langkah 5

Panduan Set-up Langkah 6

Panduan Set-up Langkah 7

Panduan Set-up Setting Sistem Penggera

Panduan Set-up  Cara untuk merakam guna kad SD Memory.

Sepanjang pengalaman antara kami dengan pelanggan kami, ramai yang memuji kualiti gambar dari Robot-Eye3. Ada yang ingin mendapatkan unit yang kedua atau ketiga. Bagaimanapun kelancaran gambar banyak bergantung pada penyedia perkhidmatan tempatan seperti Maxis, Digi, YES, Celcom dan sebagainya.


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak Order

Penghantaran


Anda juga mungkin meminati gajet unik yang seumpama seperti dibawah:

Telinga Bionik  Moskovich  s40 Spy-X3  


Kilik ke senarai utama

Last Updated on Tuesday, 22 March 2016 14:43