Powerbank untuk Jumper Start Kereta

Tuesday, 27 May 2014 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah

Artikel bank


NEVO - Powerbank untuk Jumper Start Kereta + Pengecas Serbaguna bagi Gajet Mobile.

Jumperstart Powerbank

Sentiasa bersedia bagi perjalanan jauh atau kecemasan. Pastikan anda membawa Nevo bersama. Ia adalah tangki bekalan tenaga penyelamat 12V yang mampu untuk 'jump start' kereta anda disaat ia sukar dihidupkan atau hampir habis kehabisan kuasa bateri. Bukan itu saja, andai kata gajet mudah alih anda turut juga kehausan tenaga, Nevo sanggup membekalkan tenaga sehingga 15,000 mAh tanpa soal.



PENYELAMAT DISAAT GENTING.


Ia satu gajet yang perlu ada bagi setiap pemandu di Malaysia, apatah lagi bagi pemandu wanita. Jangan mengambil risiko menerima bantuan dari orang yang tidak dikenali. Harus waspada sebelum sesal. Nevo berupaya 'jump start' bagi kereta  12 volt sehingga lebih dari 10 kali tenaga menghidupkan enjin anda bila di cas penuh.

Jumperstart Powerbank
Saya juga pemandu seperti anda. Kereta-kereta moden sekarang mempunyai terlalu banyak peralatan elektronik. Aksesori seperti skrin tayangan hiburan, lampu DLR LED, kamera pandang belakang dan sebagainya mempercepatkan kadar hayat bateri. Tempoh susut tenaga bateri kadang-kadang habis tanpa amaran dan mengejut.



Nevo -adalah sejenis powerbank tugas berat mudah-alih yang sentiasa membekalkan anda kuasa kemana sahaja. Bukan setakat untuk menghidupkan kereta anda, malahan ia turut memberi bekalan tenaga bagi banyak peralatan elektronik mudah-alih anda termasuk fungsi lampu suluh sebagai bantuan saat kecemasan.

SPESIFIKASI RINGKAS NEVO:

Jumperstart Powerbank

Fungsi Asas Produk  : Pembekal tenaga 15000mAh serbaguna untuk 'Jumper Start' Kereta, Pengecas Komputer Riba, Handfon dan pelbagai Peranti mudah-alih.
Menghidupkan kereta yang berbateri 12V
Mengecas kecemasan hampir keseluruhan telefon mudah-alih termasuk komputer riba.
Kapasiti     :     15000mAh
Mampu untuk cubaan menghidupkan enjin lebih 10 kali.
Menghasilkan suluhan cerah sehingga 40 jam
Kegunaan lampu amaran (strobe light) sehingga 30 jam
Isyarat SOS sehingga 120 jam
Mengecas penuh telefon pintar mudah-alih sehingga 10 kali.
Membekalkan bekalan tenaga untuk komputer riba hingga 3 jam.
Jangkahayat Nevo dari 3 hingga 5 tahun penggunaan.
Suluhan lampu sorot yang terang.
Bateri kapasiti tinggi Li-Ion 15000mAh boleh cas semula.
Keluaran Tenaga: 5 V / 2 A; 12V / 2 A; 19 V / 3.5 A
Tenaga Input: 12 V / 1 A
 Arus permulaan: 200 Ampere
Arus puncak: 40 0Ampere
Saiz: 7 x 3 x 15 cm
Berat Bateri: 500g
Berat keseluruhan: 1200g

Jumperstart Powerbank

DISKRIPSI RINGKAS:

Pengecas kuasa mudah-alih Nevo ialah pilihan yang ideal untuk sesiapa yang gemar memandu bagi aktiviti luar dan lasak. Nevo bukan saja boleh digunakan untuk mengecas telefon selular mudah-alih. komputer, pemain MP3 / MP4, pelbagai peranti elektronik malahan mampu juga menghidupkan enjin kenderaan 12V. Ianya boleh dianggap sebagai pengganti yang berteknologi padat terkini bagi pek kuasa untuk hal kecemasan, penyelamatan, isyarat pertolongan, pengcahayaan dan sebagainya.

Jumperstart Powerbank
Kenapa Nevo berbeza dari produk saingannya ?

Nevo memiliki teknologi yang telah dipaten, paling ringan dan paling kecil berbanding pesaing rapatnya. Muatan tenaga teras berkapasiti tinggi 15000 mAh berkebolehan pengecasan pantas, discaj rendah sehingga lebih 1000 kali proses ulangan. Menyokong bateri 12V bagi menghidupkan enjin diwaktu kecemasan, pembekal kuasa bagi apa saja jenama telefon mobile, PSP, pemain MP3 / MP4, PDA, Notebook dan beraneka jenis pengecas disamping sebagai lampu suluh sebagai fungsi tambahan.

Kesemuanya dicipta khas untuk 'sediakan payung sebelum hujan' dengan jaminan keselamatan.    

PAKEJ LENGKAP : 


JAMINAN WARANTI
:

Tawaran jaminan pengembalian akan terbatal jika:


  1. Kerosakan disebabkan kemalangan, salah guna, tiada penjagaan, terkena air atau banjir dan sebab luaran.
  2. Kerosakan disebabkan penyelenggaraan sendiri oleh seseorang.
  3. Kerosakan yang disebabkan oleh sebarang ubahsuai atau pindaan.

AMARAN:

Dilarang melakukan langkah prosedur secara songsang terhadap jump starter powerbank. Dilarang juga menggunakan jump starter powerbank jika indikasi penunjuk kurang dari tahap 3 untuk melindungi ianya dari kerosakan. Tanggalkan jump starter NEVO segera iaitu tidak lebih dari 30 saat setelah enjin berjaya dihidupkan sebagai langkah keselamatan.


 HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM265 Sahaja (Termasuk kurier penghantaran Poslaju dengan nombor tracking)


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak Order

Penghantaran


Anda juga mungkin meminati gajet unik yang seumpama seperti dibawah:

 s67 Suoer Inverter    Pen Pintar        


Kilik ke senarai utama

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:36