Kamera Perakam Perjalanan Full HD 1080p

Thursday, 05 December 2013 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah

Artikel bank




Kamera Russian Full HD

Satu-satunya kamera Perakam Perjalanan Edisi Russia yang dijual di negara blok Russia pada harga dibawah RM250 ! Berteknologi Full HD dengan rakaman video berkejelasan tinggi 1080p yang dilengkapi lensa boleh diputar 180 darjah dan skrin boleh lipat 360 darjah. Berkali-kali ganda lebih murah dari pesaing berteknologi terdekat yang ada dipasaran Malaysia.

Kamera Russian Full HD




Lensa Kamera dan Skrin Pemerhati yang boleh diputar:

Skrin paparan boleh diputar lipat sehingga 360 darjah manakala lensa kamera boleh dipusing 180 darjah bagi tinjauan depan. sisi tepi dan belakang kamera. Ianya sekaligus menjadikan kamera Russian F900LHD amat fleksibel mengikut kehendak anda tanpa mengira apa kedudukan postur anda.

Kamera Russian Full HD

Sudut pandangan lensa kamera yang selebar 120 darjah pula memastikan jangkauan pandangan yang maksima bagi memastikan saat bernilai dirakam sebaik mugkin. Walau di ruang pandangan yang sempit sekalipun menjadikan medan kedalaman rakaman tampak luas seperti imej panorama. Nota: Rakaman bersudut lebar 120 darjah hanya sesuai bagi pilihan rakaman dengan tetapan resolusi 1280 X 720 piksel.

Rakaman video berdifinisi tinggi (H.264 + 1080P)
Perakam video berdifinisi tinggi dilengkapi dengan teknologi lensa bagi rakaman 1920 X 1080 piksel berkelajuan 30 bingkai sesaat. Teknologi pemampatan video H.264 paling canggih pula memastikan masa rakaman yang lebih lama pada kualiti yang optima.
Kamera Russian Full HD


Video berdifinisi tinggi dengan transmisi Audio dengan perantaraan HDMI

Direkabentuk dengan sistem Perantara muka Multimedia Berdifinisi Tinggi (HDMI) bina dalam memastikan penghantaran data audio bermuatan tinggi sehingga 5 gigabyte sesaat tanpa perlu di mampatkan termasuk isyarat video berdifinisi tinggi. Hasilnya, sebuah persembahan video atau gambar bagi tontonan teater rumah berkualiti tinggi yang jelas, bersih dan lancar hanya pada kabel hubungan tunggal.

Fungsi Zoom Digital dengan pembesaran 4X

Apabila anda melakukan tugas merakam gambar foto atau video secara serentak, anda boleh melaraskan paparan skrin zoom dengan mudah dengan pembesaran digital zoom 4X maksimum. Ianya adalah suatu keistimewaan apabila mengendalikan kamera perakam berdifinisi tinggi. Walau bagaiamanapun, fungsi digital zoom tidak boleh digunakan pada video beresolusi 1920 X 1080 piksel.


Jadual Perbandingan Kad Memori VS Resolusi
Lampu LED putih cerah untuk penggambaran waktu malam

Walaupun dalam keadaan yang bercahaya suram, anda masih lagi boleh merakam imej yang jelas dengan bantuan suluhan lampu LED putih yang cerah. Suis kawalan automatiknya membantu menyelaraskan keseimbangan cahaya yang diperlukan bagi memastikan rakaman imej yang tebaik di waktu senja atau malam hari.

Mudah digunakan dengan Penyangkut (Bracket) khas untuk Cermin Depan Kenderaan
Sistem penyangkut dengan penyedut vakum silikon bagi cermin hadapan kenderaan direkabentuk khas bagi tujuan untuk mudah dipasang kukuh atau ditanggalkan. Sesuai digunakan dan dilaraskan pada pelbagai sudut kecondongan cermin kenderaan.

Kualiti Gambar Pegun 12 Megapiksel
Kamera Russian F900LHD memiliki teknologi rakaman gambar pegun berkualiti tinggi 4000 X 3000 piksel. Warnanya yang nampak hidup tanpa kelihatan piksel yang bergerigi. Mutu gambarnya sesuai untuk dicetak sebesar 15 X 20 inci tanpa kemerosotan kualiti imej yang ketara.

Kamera Russian Full HD

alt HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM230 (Termasuk kurier Poslaju / Skynet) Serahan tangan di kawasan Kuala Lumpur.


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak Order

Penghantaran


Anda juga mungkin meminati gajet unik yang seumpama seperti dibawah:

 S56 Voyager HD Camera     Pen Pintar        


Kilik ke senarai utama


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:29