V-Promo Android untuk Pusat Zakat Negeri Sembilan

Thursday, 16 May 2013 00:00
Print

Baru-baru ini Pusat Zakat Negeri Sembilan turut berminat dengan teknologi promosi digital V-Promo. Kami di 1kedai dotcom telah merekabentuk modul bagi pakej hebahan V-Promo bagi kegunaan agensi tersebut dalam usaha mempertingkatkan lagi maklumat serta kesedaran kepada orang-ramai tentang zakat. Ini sekaligus dapat mempertingkatkan lagi jumlah kutipan zakat tahunan yang kian ketara.

V-Promo Zakat Negeri Sembilan

Formula utama untuk meningkatkan kesedaran kepada orang-ramai serta agensi perniagaan dalam kewajiban mengeluarkan zakat ialah : 'MUATKAN MEREKA DENGAN KEMPEN MAKLUMAT VISUAL SECARA BERULANG-ULANG TANPA HENTI'..  Berita baiknya, V-Promo mempunyai kriteria teknologi sedemikian dalam menyampaikan misi maklumat seperti yang diperlukan.

2 Model V-Promo

Gambar atas: V-Promo Android Pusat Zakat Negeri Sembilan dan V-Promo Unit Demo bagi kegunaan kempen dan hebahan informasi kepada orang ramai. Kandungan kempen direka dalam bentuk persembahan taklimat Power Point, klip video montaj, soalan-soalan acara kuiz, iklan grafik 3D dan siri videografi.

Dibawah ini disiarkan antara sampel kempen zakat yang di hasilkan khas oleh 1kedai dotcom bagi kegunaan agensi Pusat Zakat Negeri Sembilan. Ianya di kendalikan secara automatik oleh teknologi terbaru Android 4.1 Dual Core dengan capaian interaktif dan internet. Cara generasi baru melihat dan memahami dunia kini sudah berubah. Mereka tentu sudah jemu dengan maklumat yang disampaikan secara tradisional. V-Promo sedang menerokai teknik penyampaian maklumat audio visual supaya lebih mudah difahami oleh orang kebanyakan.

Nota: Sampel video youtube yang anda saksikan di skrin ini sekarang adalah dalam resolusi rendah. Imej sebenar untuk tayangan pada unit V-Promo adalah dalam format resolusi tinggi HD.

&feature=youtu.be

Rekabentuk montaj bagi klip promosi digital Pusat Zakat Negeri Sembilan

&feature=youtu.be

Klip yang menerangkan lokasi kedudukan kaunter pembayaran zakat untuk panduan orang-ramai berurusan

&feature=youtu.be

Klip ini menerangkan bagaimana kemudahan teknologi SMS sebagai suatu pilihan yang ditawarkan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam penyampaian maklumat selular.

&feature=youtu.be

Maklumat yang bertujuan bagi meyakinkan orang ramai bahawa trend mengeluarkan zakat adalah dasar yang dipegang oleh generasi moden terkini. Kesedaran ini menyumbang peningkatan kutipan zakat yang ketara di Negeri Sembilan dan mencerminkan usaha yang pro-aktif yang diterjemahkan oleh PZNS.

&feature=youtu.be

Klip yang menerangkan proses pembayaran zakat bukanlah urusan yang sukar. Skim potongan zakat adalah jalan penyelesaian bagi memudahkan urusan dibuat.

&feature=youtu.be
Klip ini bertujuan memperkenalkan ibadah zakat kepada orang ramai bersandarkan sumber petikan Al-Quran dan Hadith serta kewajipan dalam menunaikan.

&feature=youtu.be

Klip yang memaparkan aktiviti dan penganjuran yang dikelolakan oleh PZNS sepanjang tahun. Dihasilkan dalam format digital HD untuk siri persembahan dalam pakej V-Promo.

V-Promo Interface

V-Promo Android terbaru kami menawarkan teknologi interaktif fleksibel terkini yang bertujuan memaksimumkan kempen penerangan dan promosi sesebuah agensi. Mudah dikendalikan dengan akses internet mudah alih dan berupaya menyimpan 32gb bahan promosi. Skrin LED memaparkan imej berkualiti HDMI sehingga 1080p dengan lancar tanpa halangan.

V-Promo Interface

Kesemua klip video akan dipersembahkan pada skrin 32" LED dan akan ditayangkan secara berulang-ulang bersilih ganti tanpa henti secara automatik. Bukan itu sahaja, versi terbaru V-Promo untuk Pusat Zakat Negeri Sembilan ini dilengkapi capaian internet yang bercirikan interaktif. Hasil dari teknologi sistem operasi Android 4.1 terkini dengan pemprosesan Dual Core A9 menjanjikan persembahan berkualiti HD sehingga 1080p yang licin dan lancar.

Kesemua fungsi menu (interface) pada skrin dikawal secara kawalan jauh dari set papan kekunci dan tetikus bersaiz kecil berkuasa bateri.

Papan kekunci kawalan jauh V-Promo

STATUS TERKINI: DALAM PEMBINAAN - JANGKAAN SIAP PADA 10hb APRIL 2013

V-Promo PPZ MAIWP

Cadangan V-Promo Android bagi Kaunter Informasi Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Bagaimana Nak Order



Last Updated on Saturday, 29 June 2013 14:56