Mengenai Kami

Sunday, 08 November 2009 20:29 Ruzlan
Print

 

Crew 1kedai Tentang diri saya di Facebook

1Kedai Dotcom adalah perniagaan milik penuh Satu Kedai Resources Sdn Bhd. Nombor pendaftaran perniagaan: 001994010-W

 
1Kedai Premis

Tel Hotline: 010-201 2001 KAMI HANTAR BY-HAND / SERAHAN TANGAN UNTUK PELANGGAN DI K.LUMPUR. POSLAJU JIKA DI LUAR K.LUMPUR

 

SEJAK 2008 HINGGA KINI 2016

 

 

Linkedin siapakami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari 1Kedai dotcom.

Alhamdulillah, 2017 hampir 9 tahun 1Kedai Dotcom berurus niaga peralatan gajet kegunaan khas di Malaysia.

HASIL kajian syarikat informasi dan kaji selidik pemasaran terkemuka dunia, Nielsen Global Online menunjukkan lebih 627 juta penduduk dunia sudah mula menerokai pembelian secara dalam talian (online), sejak tahun 2005.Lebih menarik, data tersebut turut memaparkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2005, pembelian secara maya telah melonjak sehingga 40 peratus.

Mengikut perbandingan, penduduk Korea Selatan paling ramai membeli secara dalam talian dengan kiraan 99 peratus daripada pengguna Internet membeli-belah secara maya. Ia diikuti 97 peratus pengguna Internet dari United Kingdom, Jerman dan Jepun serta lapan peratus pembeli dari Amerika Syarikat (AS).

1Kedai Mudah

Bagaimana di Malaysia pula ? Tahukah anda bahawa pengguna Internet di Malaysia telah melebihi 15,868,000. Manakala jumlah pengguna internet dunia pula 1,596,270,108 dan kini angka ini kian bertambah dari hari ke hari. Angka statistik ini diperolehi dari sumber - Internet World Stats sehingga Januari 2009. Cuba bayangkan jika anda menjual sebotol minyak wangi yang berharga RM20.00 dan 1% dari pengguna Internet Malaysia membeli minyak wangi dari lamanweb anda, berapakah jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi? Bagaimana pula jika 1% daripada jumlah pengguna internet dunia yang membeli minyak wangi anda, berapakah pula jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi ?

Halatuju 1kedai Dotcom

Diundang oleh Sri Pentas TV9 bagi segmen 'Gizmo'

1kedai dotcom adalah kedai yang berkonsepkan interaktif yang menjual pelbagai produk secara online.
Idea jual-beli secara online dari 1Kedai.com timbul bilamana sebelum ini, Internet hanya menjadi lubuk informasi dan bahan kajian, tetapi kini ia bertindak sebagai ‘alat’ penting dalam kehidupan moden khususnya perniagaan.Walaubagaimanapun kami sedar perniagaan melibatkan wang ringgit bukan segala-galanya.

Bersama pengacara terkenal TV9 - Abu Talib bagi mengisi program pagi Nasi Lemak Kopi O

1kedai dotcom juga mementingkan perkongsian ilmu yang bermanafa'at sebagai sumbangan tarbiyah untuk rakyat Malaysia terutama generasi baru bagi membentuk ummah yang berkualiti tinggi. Kami berpendapat bahawa internet harus kembali kepada fungsi asal iatu sebagai sumber rujukan dan perkongsian informasi. Kami mengalu-alukan juga sumbangan artikel bermanafa'at untuk dimuatkan di ruangan artikel kami. Insya'allah demi kerana Allah.

  Dari ditimpa penyakit ke bidang niaga

Keratan Akhbar Harian Kosmo

Kenapa membeli di 1Kedai.com lebih menguntungkan anda ?

Faktor menjimatkan masa, wang, tenaga dan mudah mendapatkan item dari keselesaan rumah mendorong pembelian secara dalam talian begitu relevan masakini. Kebanyakan item yang dijual lebih murah kerana aliran perniagaan secara maya hanya melibatkan pihak pengeluar dan terus kepada pengguna. Ini berbeza dengan urus niaga pasaran yang melibatkan banyak pihak seperti pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Penggunaannya di Malaysia semakin berkembang sehingga menawarkan bermacam-macam produk dan kemudahan jual beli secara maya. Mengambil kesempatan atas kepercayaan orang ramai yang semakin meningkat dalam urus niaga secara online, maka 1Kedai dotcom mengambil peluang ini berikutan kejayaan www.susu.my atau SusuDotMy dari segi kepercayaan dan keyakinan pelanggan dalam kaedah e-dagang ini. Kami di 1Kedai.com mengamalkan kejujuran, kepantasan dan ketelusan dalam setiap urus-niaga.

Petikan dari Majalah Jutawan

Artikel dari Majalah Jutawan


Risiko ditipu ?

Caranya mudah iaitu sebelum membeli sesuatu produk, saya akan melayari lebih daripada lima laman web yang menawarkan barangan yang sama terlebih dahulu. Selain meneliti spesifikasi item dan membuat perbandingan harga, anda wajar meminta penjual memaparkan foto produk dalam pelbagai sudut. Bukan mudah menyemai kepercayaan masyarakat pada perniagaan yang berasaskan talian kerana risiko kesahihan proses jual beli, isu ditipu penjual, wang lesap dan barang yang tidak elok sentiasa ada.

Kami akui bahawa 30 % daripada pembeli kami masih lagi ragu-ragu tentang kesahihan urusniaga mereka dengan 1Kedai Dotcom. Ini mungkin berpunca dari pengalaman mereka yang mungkin pernah ditipu sebelum ini dengan penjual online yang berniat serong. Apa yang dapat kami katakan disini bahawa : "Kami yakin..Setiap sen dari jalan tidak halal yang berkait dalam urusniaga kami akan bakal dipersoalkan olehNya kelak.! " Sebagai langkah menangani isu kepercayaan ini, kami wujudkan halaman SENARAI PENGEDAR supaya bakal pembeli dapat menilai dan memeriksa kesahihan urusniaga kami melalui pengalaman mereka sendiri berurusan dengan 1Kedai Dotcom.

“Enggan membiarkan pengguna terus bimbang, 1Kedai dotcom menampilkan rekaan laman web yang profesional dengan prosedur transaksi pembayaran yang betul dan telus. Laman web 1Kedai Dotcom juga menyediakan kemudahan untuk pembeli menjejak setiap penghantaran yang telah dibuat. Kami juga memaparkan nombor telefon tetap dan bimbit serta alamat pejabat supaya pelanggan yakin bahawa kami adalah syarikat jualan secara dalam talian yang sah.

Penghantaran Segera

Bagi menambahkan keyakinan pelanggan, 1Kedai Dotcom tidak pernah melengah-lengahkan proses penghantaran tempahan serta bertanggung jawab pada setiap lokasi penghantaran bungkusan dengan bantuan teknologi.

Sebaik sahaja menerima tempahan dan pembayaran di dalam akaun atau transaksi bank sebelum pukul 1.30 petang, pelanggan berpeluang memperoleh produk yang dibeli pada keesokan hari. Insya'allah dengan izin Nya.

Ruzlan Ab.Rahman - 1Kedai.com

Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Tel: 010-201 2001



Polisi Pemulangan


 Kembali ke Katalog Utama 

Last Updated on Sunday, 02 April 2017 12:59