Menakjubkan: Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran

Saturday, 13 August 2011 06:49 Ruzlan
Print
1Kedai Mudah

Cari Muka Surat
Bismillahirrahmanirrahim.  Nak kongsikan ngan kawan-kawan semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa, tiada apa yang keluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan. SUBHANALLAH..
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah.
Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia.
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, sungguh menakjubkan.

JOM BACA QURAN. FAHAMI DALAM BAHASA MALAYSIA SEDAYA UPAYA YANG BOLEH. SEGALANYA PERCUMA ! Klik gambar dibawah.
Perisian Baca Quran
Gambar diatas untuk terjemahan Bahasa Inggeris. Boleh ditukar ke Bahasa Melayu. Juga boleh 'berkaraoke' dengan mutu audio MP3 berkualiti.

Baca Quran disini dan hayati isi kandung penterjemahan dalam Bahasa Malaysia. Apakah yang Allah ingin sampaikan untuk Anda ?
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat˛ yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak˛nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DENGAN AMALAN YANG TERAMAT SEDIKIT. BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN ? Saya hamba yang kerdil dan iman yang lemah. Pagi tadi mengasihi Allah, petang nanti terleka dengan pujukan nafsu dan derhaka kepada Allah. Ini saja daya yang boleh saya lakukan untuk memberatkan timbalan pahalaku nanti. Kita bakal hadir di suatu padang bernama Masyar nanti. Pasti..!!


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:

 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel



 
Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:50