Dagu Berlapis - 6 Teknik Menghapuskanya

Thursday, 21 January 2016 00:00 Ruzlan
Print

Dagu Berlapis

Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis

Dagu yang runcing menambah saham wanita, membuatkan penampilan wajah tampak sempurna. Ya, agak ramai wanita yang berlumba-lumba mahu memiliki bentuk dagu yang menawan.
Dagu Berlapis
Ada yang sanggup melakukan suntikan dan pembedahan plastik semata-mata mahu memastikan dagu tidak berlapis. Sebenarnya tak perlu melakukan prosedur kosmetik, cukup sekadar amalkan tip ini...


1. Jangan Tidur Siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.


2. Urutan
Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.

Dagu Berlapis

Artikel bank


3. Jaga Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.


4. Masker Putih Telur

Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.


5. Senaman Wajah
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


6. Ketawa/ Berbicara
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing.


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel




Last Updated on Tuesday, 29 March 2016 15:55