Cara Awasi Kereta Anda Melalui Telefon Pintar

Thursday, 16 April 2015 00:00 Ruzlan
Print

Awasi Kereta Anda

KERETA ANDA BERPOTENSI UNTUK HILANG ! BAGAIMANA CARA MEMANTAU HANYA DARI SMARTFON ANDA ?

Adakah anda pasti kenderaan yang anda parkir tadi masih berada di tempat yang diletakkan sebelumnya ? Bagaimana anda pasti bahawa tiada siapa yang mengalihkannya samada oleh penguatkuasa atau penjenayah curi kereta ?


Anda juga seperti saya yang sering runsing dan gusar apabila terpaksa meninggalkan kereta di petak parkir awam, parkir LRT, parkir pejabat, parkir kompleks beli belah atau dimana sahaja. Tambahan pula jika anda tinggalkan kereta / motorsikal sehari suntuk tanpa pengawasan sesiapa. Dapatkah anda bekerja dengan hati tenang lantarani risiko kehilangan kenderaan anda yang ditinggalkan ?

Awasi Kereta Anda

Tahukah anda bahawa 150 kereta dicuri atau hilang setiap hari di Malaysia ?

Menurut pihak polis, permintaan tinggi bagi alat ganti kenderaan terpakai antaranya, dasar Polisi Automotif Kebangsaan yang melarang pengimportan kereta potong, menjadi penyumbang kepada kegiatan curi kereta yang didalangi pihak tertentu dan menggunakan budak-budak muda sebagai pencurinya.

Awasi Kereta Anda

Berdasarkan kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pula, satu kereta dicuri setiap 44 saat. Kita kehilangan satu kereta setiap 45 minit. Ada beberapa perkara menarik yang kita boleh fikirkan. Lebih sebahagian kecurian berlaku di kawasan letak kereta tanpa penjaga. Hampir separuh kecurian disebabkan kesilapan pemandu seperti meninggalkan kunci pada pencucuh atau membiarkan pintu tidak berkunci.

Awasi Kereta Anda
Berdasarkan kajian itu, pengajarannya adalah untuk  bersama mengingatkan diri sendiri supaya mengambil beberapa langkah berjaga-jaga sewajarnya seperti tidak meninggalkan kunci anda di dalam kereta, menutup semua tingkap dan pintu apabila meletak kenderaan serta jangan sesekali meninggalkan barang berharga di tempat yang mudah dilihat di dalam kereta.

Bak kata orang, polis tidak boleh melindungi kita sepanjang masa. Kita harus lebih peka mengenai kecurian, lebih bijak, lebih pintar dan selalu lebih berhati-hati. Teknologi GPS adalah salah satu ikhtiar paling inovatif bagi mencegah kerugian yang melibatkan ribuan ringgit wang anda.

PENYELESAIAN Melalui Teknologi GPS:

1Kedai dotcom ada penyelesaian canggih ! Anda hanya perlu ada telefon pintar yang mempunyai akses peta Google Maps, Waze atau apa saja jenis peta. Gabungkan penggunaan telefon pintar anda dengan sebuah unit GPS Penjejak yang dipasarkan oleh 1kedai Dotcom.

Awasi Kereta Anda

Pernahkah tiba-tiba anda rasa tak tenang atau risaukan kenderaan kesayangan yang sedang diparkir berjauhan dari anda ? Anda hanya perlu menelefon nombor simkad pada GPS ( tak kira Maxis, Celcom, Digi dll) yang tersimpan rapi di kereta atau motosikal anda. Hampir serta-merta anda akan terima lapuran lokasi kedudukan kenderaan anda pada kos SMS sahaja.

Awasi Kereta Anda

Fungsi Amaran Kenderaan Anda Sedang Mula Beralih dari Tempat Asal

Lapuran yang hampir serta merta dalm bentuk SMS terus ke telefon pintar anda. Amaran kecemasan ini akan dikirim setiap selang masa 3 minit bagi memberitahu kedudukan terkini kenderaan anda. Masa yang cukup untuk anda menghubungi polis peronda untuk bertindak berdasarkan dari kedudukan lokasi yang diterima. Berikut adalah panduan pengaktifan fungsi khas ini berdasarkan buku manual GPS Penjejak kami.

Awasi Kereta Anda

Fungsi Amaran Pengesanan Kejutan (Shock Sensor)

Fungsi ini pula berguna sebagai amaran pemberitahuan bahawa kereta anda diusik atau disentuh berdasarkan gegaran / kejutan yang dirasai oleh sensor GPS. Mungkin gegaran yang berpunca dari aktiviti penjenayah yang sedang cuba mengumpil pintu kereta anda atau mungkin 'sport rims' mahal anda.

Artikel bank

Antara fungsi terbaru Penjejak GPS. Ianya dalam kedudukan tidak aktif pada penetapan asal dari kilang. Untuk mengaktifkan, hantarkan SMS bertulis: “shock+password” ke Simkad pada GPS anda dan ianya akan membalas “Shock is activated!” jika berjaya. Setiap kali Penjejak GPS mengesan sebarang getaran atau hentakan, anda akan menerima mesej “Sensor alarm+Geo-info” ke setiap nombor yang telah didaftarkan. Kadar sensitiviti deria pengesan kejutan mempunyai tiga tahap berbeza:

Untuk nyah-aktifkan fungsi amaran ini, hantarkan SMS ke simkad pada GPS ini seperti berikut: "noshock+password"


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel

Last Updated on Thursday, 12 November 2015 14:19