Keanehan Akal Burung Gagak - Sains dan Al-Quran

Tuesday, 17 March 2015 00:00 Ruzlan
Print

SAINS DAN AL-QURAN: Keanehan Akal Burung Gagak

Subhanaallah, Keajaiban Burung Gagak. Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk - Nya yang lain ?

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya.

Akal Gagak

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka.

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal."  Al Maidah : 30-31

Mengapa demikian ? Dalam dunia sains zoologi, hanya burung gagak sahaja yang menimbus rakannya yang telah mati.

Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini.

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat.





Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak.

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya :

  1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa.
  2.  Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati.

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya.

Akal Gagak

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati.

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu.

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati.

Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak.

Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses trial and error apapun ! Beberapa pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia.

Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?

Terjemahan Detik Islam dari sumber islampos.com

Artikel bank


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel

Last Updated on Sunday, 30 October 2016 23:46