PETANDA Buah Pinggang Semakin Rosak

Tuesday, 03 March 2015 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah Kidney Rosak

PERIKSA SEBELUM TERLAMBAT. TANDA BUAH PINGGANG SEDANG BERANSUR ROSAK:

Tahukah anda bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis dan rawatan transplan buah pinggang, ianya tidak dapat setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri. Kredit: www.mmgazette.com

Apakah fungsi buah pinggang?

Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab untuk mennyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda setiap hari buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.

Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.

Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.

Petanda Buah Pinggang Sedang / Beransur Rosak:

  1.  Bengkak pada pergelangan kaki
  2. Sakit belakang
  3. Lemah Tenaga Batin
  4. Perut Semakin Membuncit
  5. Air Kencing berbuih kerana kehadiran protien
  6. Tiada Selera Makan
  7. Tidak bertenaga
  8. Selalu merasa haus
  9. Cepat letih dan mengantuk
  10. Selalu rasa loya atau muntah

Apa yang berlaku kalau buah pinggang tidak berfungsi ?

Antara simptom penyakit buah pinggang termasuk berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih, lesu atau sakit badan. Individu yang mengalami kegagalan buah pinggang juga boleh mengalami kencing yang berkurangan, air kencing berbuih atau air kencing yang mengandungi darah. Mereka juga boleh mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan. Bagi peringkat yang serius, ada yang mengalami pengumpulan air dalam paru-paru hingga mengakibatkan kesukaran bernafas.

Rawatan Secara Pemakanan:

Jika salah satu tanda di atas ada pada anda, segera lakukan pemeriksaan / diagnos di klinik atau hospital berdekatan untuk kepastian. 1kedai mencadangkan rawatan melalui pemakanan sebagai ikhtiar alternatif. Memperkenalkan Getah Arab (Acacia Senegal) atau Al-Manna sepertimana makanan yang disebut oleh Taurat, Injil dan Al-Quran. Klik Artikel berkaitan Al-Manna dan Bani Israel.

Kelebihan Gam Arab Al Manna:

  1. Makanan yang disebut dalam 3 kitab suci dari agama tauhid. Setiap penyakit ada ubatnya.
  2. Sudah lama jadi buruan pesakit buah pinggang (yang tahu) dapat merawat ramai penderita.
  3. Mengurangkan beban kepada buah pinggang dengan mengurangkan paras urea dan penambahan nitrogen dalam najis bagi memberi kesan penyembuhan.
  4. Mengurangkan kekerapan seterusnya menghentikan dialisis buah pinggang melalui penurunan kreatinine dan urea dalam darah.
  5. Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan kolesterol dalam darah.
  6. Merendahkan paras gula dalam darah untuk membantu pesakit kencing manis.
  7. Merawat banyak penyakit berkaitan saluran Gastro Usus iaitu kawasan Esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  8. Membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan untuk membantu merawat penyakit gout.
  9. Merawat tanpa kesan sampingan secara semualajadi secara pemakanan sihat dengan izin Allah Ta'ala.

     Kidney Rosak

Buah pinggang kita adalah organ yang bijak. Ianya tahu bahan mana yang perlu disingkirkan. Itu sebabnya kita tidak memerlukan terapi detoksifikasi yang khusus, supplemen ataupun ubatan khas untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita. Oleh itu adalah penting untuk kita menjaganya dengan sempurna untuk memastikan buah pinggang kita dalam keadaan yang efisien untuk terus berkerja.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut beserta info kajian yang dilakukan oleh UKM dengan klik pautan dibawah:

http://masalahbuahpinggang.blogspot.com/

Artikel ini diterbitkan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia (12 Mac 2015). Mari bersama sayangi buah pinggang masing-masing kerana buah pinggang yang sihat merupakan anugerah yang tidak ternilai. Dr Nur Hidayati merupakan doktor bahagian perubatan dalaman di sebuah universiti tempatan.

Artikel bank


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel



Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 01:19