Petua Halau Lipan

Thursday, 22 January 2015 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah


Halau Lipan

PETUA UNTUK HALAU LIPAN.

Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.  Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.

Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar seperti kerengga..  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bisa. Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari.  Oleh itu, biarkanlah lipan itu terus hidup selagi ia tidak membahayakan keselamatan anda.
Halau LipanHalau Lipan

Fakta Mengenai Lipan

1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.

2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.

3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.

4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.

5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan  tidak dibersihkan.

6. Lipan rumah biasanya 1 hingga 2 inci panjang.

7. Lipan ada pelbagai warna : putih, hitam dan merah.

8. Lipan rumah sangat laju bergerak

9. Lagi besar lipan, lagi bisa sengatannya

10. Lipan rumah tidak berbahaya tetapi bisanya gigitan bergantung kepada badan seseorang itu, samada ada alergi atau tidak.

Diterangkan bahawa di seluruh dunia, dianggarkan terdapat 8000 spesis lipan dan 3000 daripadanya telah ditemui. Umumnya, haiwan ini boleh ditemui di habitat dari hutan tropika sehinggalah sejauh padang pasir. Biasanya ia tinggal di habitat mikro yang lembap seperti kawasan tanah, timbunan daun, di bawah batuan atau dalam bahagian batang pokok.

Halau Lipan

Petua Rawatan Digigit Lipan

1. Apabila disengat lipan, serta-merta letak ais pada tempat sengatan supaya terhenti sebaran toxinnya dan menghentikan bengkak.

2. Jumpa doktor serta-merta.

Halau Lipan

Petua Tradisional

Cara-caranya:

1.  Mula-mula, anda ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar).

2.  Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali.

3.   Akhir sekali, berilah mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa tu minum air garam tadi.

Jika diizinkan-Nya, bisa tersebut akan hilang dan sembuh.

Petua Menghalau dan Mengelak Lipan Masuk Rumah

1. Jemur tikar-tikar LINO atau VINYL supaya kering.

2. Cari tempat-tempat yang lembab dan keringkan

3. Cari penyebab kelembapan dan tutup retakan dengan silicon.

4. Bersihkan dan buang semua jenis sarang-sarang semut dan serangga lain

5. Taburkan serbuk filter “DIATOMACEOUS EARTH” : (Banyak dijual di kedai hardware untuk tujuan filter swimming pool dan filter air). Tutup hidung dengan sapu tangan sambil taburkan pada tempat-tempat yang disyaki.

6. Jika anda ingin gunakan spray (semburan), gunakan yang ada kimia PYRETHRIN. Tutup hidung, pakai goggle dan minta keluarga keluar dari rumah sebelum spray. Basuh tangan, ketepikan pakaian yang digunakan dan mandi selepas  spray.

7. Tabur “DIATOMACEOUS EARTH” sekeliling rumah di bahagian luar atau atas tanah.


Artikel bank


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 01:19