"Hello 1kedai,..Ada Jual Tak Gajet Pengesan Hantu ?"

Friday, 09 May 2014 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah

" ADA TAK GAJET ELEKTRONIK UNTUK KESAN HANTU DAN JIN ? "

Walaupun 1kedai dotcom menjual banyak peralatan gajet khas, belum ada gajet yang spesifik bagi mengesan kehadiran jin atau hantu kecuali manusia yang bercirikan hantu. Jika anda biasa mengikuti aktiviti paranormal di Youtube atau 'Seekers Team' mereka turut menggunakan jenis gajet yang kami niagakan seperti kamera infra red, 'bionic ears' dan pengesan suhu jarak jauh.

Thermogun Bionic Ear

Setakat ini rasanya belum ada gajet yang betul-betul boleh kesan jin atau hantu secara lansung. Semua gajet yang dicipta menggunakan variable suhu, medan magnet ataupun frekuensi gelombang. Teorinya ialah jika ada perubahan atau gangguan suhu, medan magnet atau frekuensi pada suatu ketika tanpa ada sumber yang jelas maka diandaikan itu disebabkan oleh kehadiran entiti..

Bagaimanapun pengesanan dengan cara begini mempunyai ketepatan yang rendah dan keputusan yang samar. Bagaimana menentukan bahawa kehadiran golongan jin atau entiti yang telah menyebabkan perubahan itu ? Ataupun mungkinkah ianya hanyalah suatu proses alamiah sepert kesan perubahan suhu disebabkan oleh perubahan udara atau sumber frekuensi dari peralatan elektronik yang dipancarkan dari jauh ?

Mungkin eksperimen untuk menentukan ketepatan sesuatu alat pengesan hantu tersebut ialah dengan menguji dibeberapa tempat seram dan neutral yang akan menunjukkan perbezaan keputusan tetapi ianya juga perlu mengambil kira tentang keterangan yang mengatakan bahawa gulungan jin yang mengikut atau merasuk dalam badan manusia haruslah jg boleh dikesan oleh alat tersebut...tapi yang paling baik mungkin dengan bantuan dari para scannner tulin untuk menentukan ketepatan sesuatu alat..

Dibawah ini adalah gambarajah litar pengesanan hantu yang direka oleh penggiat aktiviti paranormal di US. Mereka mendakwa ianya adalah suatu rekaan elektronik yang super sensitif dalam mengesan kewujudan entiti dalam jarak radius 10 meter. Terdiri dari sistem penggera dengan penunjuk bunyi yang aktif bila terdapatnya gangguan isyarat paranormal. Sesuai digunakan ditempat yang dianggap keras dan banyak aktiviti paranormal.
Dari ekspermien yang mereka jalankan, litar ini mengesan berdasarkan gangguan isyarat frekuensi radio sekitar dari beberapa Hertz hingga ke beberapa Kilohertz.

    Litar Hantu
Cabaran paling utama ialah mencari satu unsur elemen atau 'variable' yang wujud di alam manusia, yang boleh dikesan oleh deria atau peralatan sekarang, dimana ianya boleh bereaksi secara terus dengan kehadiran golongan jin secara konsisten.Tidak kiralah perubahan warna, kuantiti, atau sifat-sifat yang lain. Jika dapat dicari perkara tersebut maka kemajuan sains dan teknologi sekarang akan dengan senang dapat mencipta gajet yang boleh mengesan golongan jin dengan ketepatan yang tinggi.

Mungkin idea menggunakan badan manusia sebagai detector adalah idea yang baik kerana badan manusia bereaksi secara natural dengan kehadiran jin seperti tegaknya bulu roma, sakit kepala and so on tetapi ianya perlu di perhalusi supaya dapat dibezakan isyarat letrik dari otak itu bukan disebabkan oleh gangguan emosi, proses-proses natural badan, dll tetapi disebabkan oleh kehadiran golongan jin...

Baca tentang kajian terbaru tentang Hantu dan Jin dari perspektif sains fizik kuantum. Klik di sini !


Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:38