Musuh Berbahaya Ada Dirumah Anda

Thursday, 23 August 2012 00:00 Ruzlan
Print

1Kedai Mudah


KENALI MUSUH UTAMA ANDA DIRUMAH - TIKUS

Tikus banyak menimbulkan masalah di segenap penjuru dunia dengan sentiasa mengekori ke mana sahaja manusia berada. Populasi tikus seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan suasana pergerakan komoditi makanan, pergerakan barangan serta manusia melalui berbagai kenderaan ke seluruh pelusuk dunia.

Tikus merupakan antara musuh manusia yang paling tegar dan menyebabkan berbagai penyakit yang merbahaya termasuklah wabak, kencing tikus (Leptospirosis), keracunan makanan, penyakit alahan tikus dan lain-lain.

Perangkap Jaring

Gambar diatas - Tikus yang dijumpai hidup dalam roti. Penyakit berpunca dari tikus pernah membunuh seramai 25 juta rakyat Eropah pada abad ke-14 dan berjuta lagi selepas itu di tempat-tempat yang lain.

KES TERKINI:

PENTING DAN HARUS DIBACA!


Ancaman Tikus

Dari kes yang terbaru menimpa sebuah keluarga:
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yang mengandungi leptospira.

Kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin-tin minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedaiČ runcit, tanpa dibersihkan.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.


Rattus Rattus
Tiga Jenis Tikus Yang Biasa Terdapat Di Malaysia adalah Tikus Norway, Tikus Bumbung, dan Tikus Rumah

TIKUS NORWAY - Rattus Norvegicus

       Jenis Tikus

TIKUS BUMBUNG - Rattus Rattus

       Jenis Tikus

TIKUS RUMAH:

CADANGAN BAGAIMANA CARA MENGAWAL TIKUS:

Dengan mengenali musuh kita di atas kita dapat merangka satu cara kawalan yang lebih berkesan bagi menghalang serangan tikus pada kawasan penginapan kita. Bagaimana mengawal tikus akan diterangkan pada siri yang akan datang.

Perlu diingat bahawa walaupun semua usaha yang telah diterangkan sebelum ini telah dilakukan bagi mengawal serangan tikus, akan ada juga tikus yang masih degil yang dapat membolosi bangunan rumah kita.

Maka bagi melengkapi keseluruhan kawalan, tidak dapat tidak teknik terakhir dalam mengurangkan atau menghapuskan tikus ini perlu dijalankan. Kawalan ini melibatkan usaha menangkap atau membunuh tikus melalui 2 cara:

Perangkap adalah satu cara kawalan tikus yang berkesan tanpa menggunakan sebarang racun. Bagi serangan tikus yang tidak banyak, penggunaan perangkap merupakan jalan penyelesaian yang cepat. Penggunaan perangkap juga dapat mengelakkan keadaan di mana tikus mati pada tempat yang tidak diketahui dan rumah kita dilanda dengan masalah bau bangkai yang busuk.

        Perangkap Jaring

Berikut adalah antara sebab mengapa cara lama iaitu perangkap menjadi pilihan:

Terdapat banyak jenis perangkap tikus di pasaran. Yang biasa kita lihat adalah perangkap bidasan yang mengurung tikus apabila terkena. Ada juga perangkap bidasan yang membunuh tikus apabila terkena, tetapi perangkap jenis ini agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan juga binatang peliharaan.

Penghalau Makhluk Rosak Ultrasoic
Penghalau Haiwan Perosak Gelombang Ultrasonik
(dengan penunjuk malam LED dan AC Outlet)

KLIK GAMBAR UNTUK INFO PENGHALAU TIKUS ULTRASONIK.

Penghalau Tikus Ultrasonic (Belakang)

Kini Penggunaan Gelombang Ultrasonik dan Elekromagnetik adalah teknologi selamat untuk menghalau pelbagai haiwan perosak domestik.

Hasil kajian dari University Negeri Kansas Amerika mengesahkan bahawa penggunaan kedua-dua gelombang ini sememangnya mengganggu, menyuraikan dan menjauhkan kebanyakan haiwan perosak dirumah. Gajet ini berfungsi dengan menjana gelombang jarak pendek, bunyi berfrekuensi tinggi teramat langsing dimanana ianya mustahil dapat didengar oleh deria telinga manusia (kurang dari 20,000 Hertz). Ini adalah kerana telinga manusia amat terhad sensitiviti pada bunyi ultrasonik dimana gegendang telinga manusia tidak cukup pantas untuk menerima getaran setinggi itu. Sebaliknya, beberapa jenis binatang seperti anjing, kelawar, tikus, serangga berupaya mendengar dengan baik pada kesan bunyi ultrasonik. Sesetengah jenis serangga seperti belalang, cengkerik dapat mendengar bunyi berfrekuensi dari 50,000 hingga 100,000 Hertz dan malahan rama-rama mampu mendengar ultrasound setinggi hingga 240,000 Hz.

Secara ringkasnya, penggunaan gelombang ultrasonik benar-benar mengganggu 'kesejahteraan' hidup mereka dirumah anda terutamanya tikus (30,000 - 50,00 Hz) dan lipas atau haiwan perosak domestik amnya.

 

Satu lagi jenis perangkap yang berkesan tetapi agak jarang digunakan adalah perangkap gam. Sebidang kertas tebal akan disapu dengan gam khas untuk memerangkap tikus dan diletakkan pada laluan yang biasa diambil oleh tikus. Lebih elok diletakkan sedikit umpan di tengah gam tersebut. Biasanya teknik ini amat berkesan untuk memerangkap tikus yang degil.

Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan perangkap:





Artikel lain:

Bahaya Kencing Tikus



Kembali ke koleksi utama artikel


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak Order




Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:43