Asal Usul Bahasa Melayu

Monday, 15 August 2011 08:00 Al Khawarizmi
Print

 1Kedai Mudah


 Sejarah Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 


Asal Usul Bangsa Melayu 

Bangsa Melayu
Gambarajah di atas menunjukkan hasil kajian yang dibuat tentang susur galur bangsa Melayu bermula dari Nabi Nuh.

Berikut pula menerangkan bagaimana pertalian hubungan bangsa Melayu di Nusantara. Kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 

Perkembangan Bahasa Melayu 

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  1. Bahasa Melayu Kuno 
  2. Bahasa Melayu Klasik 
  3. Bahasa Melayu Moden. 
Bahasa Melayu Kuno 

Merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: 

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: 

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) 

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) 

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) 

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) 

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: 

 Perkembangan Bahasa Melayu

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: 

  1.  Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356). Ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  2.  Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380). Masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
  3.  Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387). Diitulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. 

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. 

Bahasa Melayu Klasik 

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: 

  1. Zaman kerajaan Melaka 
  2. Zaman kerajaab Acheh 
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau 

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 

Ciri-ciri bahasa klasik: 

Bahasa Melayu Moden 

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.


Rayuan admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:51