1kedai.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Gajet Khas

Pengimbas Imej Tanpa Wayar SKYP X

E-mail Print PDF

Artikel bank

1Kedai Mudah


Pengimbas SkyP X

Secara pantas menukarkan segala petikan akhbar, majalah, kad perniagaan, artikel dari buku perpustakaan, gambar foto, resit mustahak serta dokumen penting anda menjadi imej digital. Skyp X pengimbas tanpa wayar sanggup melaksanakan tugasan ini untuk anda ! Mengimbas imej penuh warna dengan resolusi setinggi 600 DPI lalu menyimpannya kedalam kad memori MikroSD untuk dimuat turun semula ke komputer anda.

Scanner mudah alih tanpa wayar

Pengimbas imej tanpa wayar Skyp X menjadikan kerja-kerja pendigitalan imej begitu mudah dan pantas dilakukan dimana saja anda berada. Hanya lalukan / gerakkan Skyp X diatas dokumen yang ingin anda imbas, penderia imej yang sensitif pada spektrum warna akan megimbas dokumen anda dengan resolusi setinggi 600 DPI atau resolusi standard 300 DPI dan menyimpannya kedalam kad mikroSD untuk mudah dipindahkan ke komputer anda. Hanya sepanjang 9 inci menjadikan pengimbas Skyp-X amat mudah dibawa kemana saja bagi tugas mengumpul maklumat tugasan anda.

Kecil dan kompak

Sila klik video dibawah untuk menyaksikan liputan tentang produk pengimbas SKPYX yang disiarkan oleh TV9 dalam slot Nasi Lemak Kopi-O bagi segmen Gizmo dimana produk gajet ditaja oleh 1Kedai.com

Jadi, apakah faedahnya penggunaan gajet pengimbas Skyp X dalam misi harian anda ?
Tugas utamanya ialah mendokumentasi secara digital setiap salinan yang anda ingini. Tiada lagi kerisauan tentang dokumen asal menjadi kotor atau rosak. Tiada lagi risau kehilangan kertas dokumen atau salah letak kerana segalanya telah dimuatkan kedalam kad mikroSD untuk kegunaan masa depan.

Kemudahan yang pasti. Penat lelah mengimbas dokumen dengan menggunakan mesin pengimbas biasa yang remeh pasti terhapus.  Dalam tempoh beberapa saat sahaja, ibu anda dapat menyalin resepi kegemaran beliau untuk persediaan menyambut perayaan atau pertemuan keluarga. Mungkin juga anda boleh membantu adik anda dalam menyiapkan artikel atau tugasan tesis pengajian akhir beliau. 

Perincian Produk

Klik untuk Muat turun manual caraguna Pengimbas

Sekilas Pandang

  • Pengimbas pegangan tangan tanpa wayar
  • Pilihan resolusi standar 300 DPI dan resolusi tinggi 600 DPI
  • Pilihan imbasan penuh warna atau imbasan hitam dan putih
  • Fail disimpan kedalam kad mikroSD
  • Imbasan untuk dokumen bersaiz A4

Spesifikasi Pengeluar

  • Penderiaan: Hubungan warna dengan pengesan imej bersaiz A4
  • Saiz imbasan permukaan: Lebar 8.27"; Panjang: 300DPI: 50"(Maksima), 600DPI: 25"(Maksima)
  • Resolusi standard : 300x300 DPI; Resolusi tinggi: 600x600 DPI
  • Kelajuan maksimum pengimbasan: 13 saat (Resolusi tinggi warna), 3.0 saat (resolusi rendah berwarna), 6.0 saat (Resolusi tinggi warna), 2.0 saat (Resolusi rendah - warna)
  • Anggaran bilangan fail yang di imbas oleh 1Gbyte kad mikro SD (tidak disertakan): Dokumen A4 size = 323 Foto (Warna beresolusi tinggi), 1190 Foto (Warna dengan resolusi rendah), 372 Foto (Mono beresolusi tinggi), 1320 Photos (Mono beresolusi rendah).
  • Memori: Kad MikroSD 1GB hingga 32GB (tidak disertakan)
  • Format fail: JPEG
  • Fungsi 'white balance' : Auto
  • Auto power off selepas 3 minit tidak aktif.
  • Sumber kuasa: 2 biji bateri AA (tidak disertakan)
  • Ketahanan hayat bateri: 2 biji bateri mampu mengimbas sehingga 180 imej dengan resolusi 600 DPI
  • Soket USB: Versi 2.0
  • Saiz ukuran: 256 X 30 X 31 mm

 Klik untuk memuat disini turun Manual SKYP-X

HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM: RM275 (Termasuk kurier Poslaju / Skynet)


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak OrderPenghantaran


Kilik ke senarai utama


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 01:00
 

Jam Designer - Iron Samurai

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah

Artikel bank



Jam Designer Iron Samurai

Memperkenalkan 'The Iron Samurai', rekabentuk lava merah inspirasi jam LED Jepun. Suatu penampilan dari masa depan untuk trend terkini yang melambangkan kuasa unggul dalam seni paparan waktu. Maksud anda, jam ini benar-benar memaparkan waktu ? Ya, rekabentuknya diilhamkan dari gaya pahlawan dari era Shogun Tokugawa di Jepun dengan ciri-ciri sisik dari baju besi pahlawan lagenda mereka. Penomboran digital merah lava atau darah melambangkan keteguhan seni pembuatan pedang hulubalang Jepun bersama darah dan api. Jam LED Jepun ini juga menawarkan bacaan waktu yang efisien serta tepat. 

Tekan butang atas disebelah kanan muka jam, nyalaan nombor LED merah bersinar terang umpama lava gunung berapi merah yang panas mengalir dicelah rekahan batu. Tekan butang disebelah bawah pula, nombor akan berkelip untuk tujuan pelarasan informasi waktu iaitu minit, jam, saat, kalendar (bulan & hari) dan sebagainya.

Gaya unggul LED merah lava

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:58 Read more...
 

Jangkasuhu dengan Sasaran Laser - ThermoGun

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah

Artikel bank 



Thermo Gun

Thermogun - Jangkasuhu Inframerah dengan penunjuk sasaran laser adalah antara gajet terbaru kami untuk mengambil suhu dari jauh iaitu tanpa menyentuh objek secara fizikal. 

Termometer ini sangat amat sesuai bagi tugas memeriksa suhu permukaan pada bahagian yang sedang bergerak atau apa saja peralatan yang tidak boleh disentuh. Dengan jarak jangkauan yang panjang, pengukuran yang tepat, dan tindakbalas serta merta, ternyata ia memudahkan tugas yang dulunya memang rumit . Mekanik atau juruteknik boleh menguji suhu AC, paip pemanas, dandang dan sebagainya. Penggemar kereta pula boleh memastikan bahagian enjin yang 'overheating' atau sistem pendingin yang tersumbat. Siapapun boleh menggunakannya untuk mencari punca mana-mana bahagian bangunan yang mengalami masalah pengaliran haba panas atau sejuk !

Menggunakan Thermogun ini ternyata amat mudah, selamat, dan menyenangkan bagi setiap orang untuk menggunakan. Hanya halakan ke sasaran dan tarik pemicu. Layar LCD memaparkan serta merta suhu permukaan yang dimaksudkan anda. Titik sasaran laser merah membantu anda untuk menghalakan dan menentukan suhu permukaan yang anda maksudkan samada jauh atau dekat. Amat sesuai untuk anda melakukan operasi yang memerlukan pemantauan efisien dan selamat contohnya dalam kes H1NI selesema babi atau apa saja wabak berjangkit. Ini adalah kerana anda tidak perlu menyentuh subjek yang disyaki. Penunjuk sasaran laser juga boleh dipadamkan apabila operasi anda perlu dijalankan secara rahsia, pantas dan hati-hati bagi tujuan memeriksa orang ramai di sekitar anda ketika kerja pemantauan H1N1 Selesema babi dilakukan. 

Gajet Termogun ini mempunyai aspek ruang lingkup tugas yang luas potensi. Ianya adalah gajet yang perlu dimiliki untuk Jurutera, Mekanik, Juruteknik, Penyelia Bangunan, Inspektor Kesihatan, Doktor, petugas kesihatan malah setiap isi rumah bagi memantau tahap kesihatan keluarga. Ianya dibawa khas secara ekslusif oleh - 1Kedai Dotcom untuk anda.

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:57 Read more...
 

Penjaga Bayi Wireless 'Baby-G'

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah

Artikel bank




Pengawasan Bayi Baby-G

Duduk beristirehat sambil mengawasi bayi anda dengan tenang dan penuh keyakinan. Rileks.. kerana Baby-G ini akan bertindak sebagai mata dan telinga tambahan anda bagi memastikan keselamatan si kecil dalam pemantauan sepenuhnya.

Monitor Baby-G ini akan membolehkan anda atau penjaga memerhatikan serta mendengar bayi mereka disetiap saat dan ketika. Anda mampu bebas bergerak di sekitar rumah dan sangat ideal untuk memantau bayi tanpa membangunkannya. Anda akan memiliki kebebasan untuk menonton TV, mendengar muzik, menghibur tetamu, membuat apasaja aktiviti tugas rumah, latihan, atau tidur dengan keyakinan bahawa anda selalu akan tahu bilakah bayi anda memerlukan anda. Jika anda rasa skrin 1.5 inci terlalu kecil, anda boleh gunakan slot AV OUT yang tersedia untuk menghubungkan monitor anda terus ke televisyen di dalam bilik tidur atau ruang tamu anda tanpa banyak mengorbankan masa anda untuk berehat. 

Si manja anda pasti akan menyukainya dengan rekabentuk bunga berkelopak. Ciri-ciri yang mudah dikendalikan tanpa perlu pemasangan yang rumit menjadikan ianya pilihan utama bagi keluarga yang sentiasa sibuk di rumah. Kamera ini turut juga dilengkapi dengan klip supaya ianya mudah dipasang pada buaian, atau katil tidur bayi untuk membolehkan anda mudah melihat si kecil anda pada setiap saat dan ketika. Gajet Baby-G ini juga berfungsi bagi kegunaan malam hari kerana lampu 8 IR yang peka membolehkan pemantauan boleh dilakukan juga pada suasana yang kurang pengcahayaan walau pada pukul 3 pagi.

Jika ada ada antara rakan-rakan atau ahli keluarga yang baru saja menyambut kehadiran cahaya mata baru, Baby-G adalah jawapan yang paling tepat untuk dijadikan hadiah tanda ingatan dari anda. Demi nilai sebuah kasih sayang untuk si manja anda, RM 485 sudah tentu tawaran yang amat kompetitif dari kedai online kami - 1Kedai Dotcom.


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:57 Read more...
 


Page 14 of 14

Artikel 1Kedai Dotcom

Senarai Artikel

Daging Anjing

KENAPA DAGING ANJING Haram dimakan

Dagu Berlapis

DAGU BERLAPIS. Bagaimana Cara Hilangkannya ?

a Nabi Adam

NABI ADAM VS MANUSIA ZAMAN BATU. Mana Satu yang Terdahulu ?

Orang Gila

ORANG TAK WARAS Selalu Sihat. Apa Rahsia Mereka ?

Jantung bermasalah

CARA MUDAH KETAHUI Jantung Anda Bermasalah

Jin Berkeliaran

PANTAU ANAK ANDA ! Waktu Jin dan Syaitan Keluar Berkeliaran
Halau Lipan

ANDA DIGIGIT LIPAN ? Bagaimana petua menghalaunya ?
Maksud Alfatihah

JANGAN MAIN-MAIN dengan Al-Fatihah kerana...
Awasi Kereta Anda

CARA MEMASTIKAN KERETA anda masih lagi ada di petak parkir

60 saat

DALAM 60 SAAT, Apakah yang Terjadi dalam Online ?
Apa GPS boleh buat

BAGAIMANA CARA MENJEJAK orang tersayang anda ?
Bahaya bangun mengejut

BANGUN MENGEJUT punca kematian tiba-tiba.
Asap Lingkaran

ASAP LINGKARAN NYAMUK = 100 Batang Rokok.
Neraka

NERAKA KINI TELAH NYALA. Berapakah Luasnya ?

Lalat dari Hadis

HADIS NABI yang Baru dibuktikan oleh Sains
Tahan Kencing

WAJIB TAHU ! - Bahaya Menahan Kencing
25 Amaran

25 TANDA AMARAN Ini Perlukan Tindakan Segera
Keanehan Gagal

KEANEHAN AKAL BURUNG GAGAK - Sains dan Al-Quran
Buah pinggang

APAKAH PETANDA Buah Pinggang yang Sedang Merosak ?
Tanah

TANAH ITU KOTOR & JIJIK - Al-Quran Membuktikan Ianya SALAH.
Kisah 2 Yahudi

KISAH 2 LELAKI YAHUDI - Jadi Pujaan Ramai di Malaysia
Khasiat Budu

KAJIAN SAINTIFIK BUDU - Kaitan Awet Muda, Kecerdasan dan Kesihatan.
Si Kidal

TANGAN KIDAL MEMILIKI 17 kelebihan dan keistimewaan
Mi Segera Bahaya

BENARKAH MI SEGERA Adalah Makanan Tiruan ?
Kucing dari pandangan Islam

KUCING SUDUT SAINTIFIK - Pandangan Islam Sejak 1500 Tahun Dulu.
Istidraj

TETAP KAYA WALAU TAK SOLAT - Kenapa Allah buat begitu ?
Jalan Kaki Rawat Penyakit

APAKAH 8 PENYAKIT yang boleh dirawat dengan Berjalan Kaki ?
Storan Tiruan

BAGAIMANA NAK TAHU Storan dan USB yang Palsu ?
Mesin Perentas Masa

TEORI MESIN MERENTAS MASA LAWAN Hujah & Bukti pada Al-Quran.
Kronologi hari pengadilan

PROSES BERMULA KIAMAT hingga ke Titi Sirat. Bacalah Jika Berani !
Hijra Arah Tawaf

PENDEDAHAN DISEBALIK Arah Jarum Jam Anda. Siapa Master-Mind ?
Yahudi di Malaysia

WUJUDKAH KOMUNITI YAHUDI di Malaysia ? Di manakah mereka ?
Dayak Merah Red Indian

RED INDIAN AMERIKA sebenarnya adalah MUSLIM !


JANGAN HIDUPKAN: Aircond Kereta Jadi Berbahaya Bila..
Melayu Bangsa Misteri

PANDANGAN YAHUDI: "Melayu Bangsa yang Misteri..."
Zikrullah

KELEBIHAN KALIMAH 'Laailaha illallah' yang ramai tak tahu.

Yahudi

MENGAPA YAHUDI BIJAK ? Kajian Dr Stephen Carr Leon
Kajian tentang Hantu

HANTU DAN JIN - Kajian dan Huraian Terkini Sains Fizik Terkini
Amaran Tikus

KENALPASTI BENCANA: Apakah yang ditawarkan oleh Sang Tikus ?
Tips mudah mencari Juzuk Al-Quran

MENAKJUBKAN: Cara mudah mencari mukasurat dalam Al-Quran
Kuku Diagnos Penyakit

KENALPASTI PENYAKIT ANDA: Perhatikan ciri-ciri pada kuku.
Ikan Candiru

IKAN CANDIRU: Lebih Ngeri dari Piranha
Bahaya Teh Ais

AWAS ! TEH AIS: Bahaya yang Tersembunyi yang Perlu Anda Tahu
Khas untuk pesakit Migrain

  

DITUJUKAN KHAS UNTUK: Penderita Sakit Kepala dan Migrain

Penawar Kanser yang disembunyikan 

RAHSIA DISEMBUNYI: Durian Belanda Penawar Mujarab Kanser
Khasiat Kayu Manis Campur Madu 

KAJIAN KHASIAT: Kayu Manis dicampur Madu
Kerosakan pada Otak 

OTAK ANDA AKAN ROSAK jika 10 Amalan ini di Amalkan. AWAS !
Asal Usul Bahasa Melayu 

DARI MANAKAH Asal-Usul Bahasa Melayu ?
Misteri Air Zam-zam

MENGUPAS MISTERI: Keajaiban Air Zam-zam
Kurus tanpa UBATAN 

CARA UNTUK KURUS tanpa Ubatan

PECAH RAHSIA: 12 tips dan Strategi Promosi
Bahaya Kencing Tikus 

BAHAYA Penyakit Kencing Tikus
4 Tips Solat Kusyuk

4 PETUA MUDAH untuk Solat Kusyuk
Hapuskan Cicak

TIPS HAPUSKAN CICAK dari Rumah Anda
Rahsia Perlunya Wudhu 

KENAPA WUDHU' sebelum solat ?


Di Sebalik Rahsia Coklat 

KHASIAT COKLAT yang mungkin tidak DIKETAHUI

Penemuan terkini rahsia piramid 

MISTERI BINAAN PIRAMID telah dijawab oleh Al-Quran
Diet yang Salah Selama ini. 

DIET SONGSANG. Selama ini rupa-rupanya kami SILAP !
Diet Rasulullah 

APAKAH yang Rasulullah Makan ?
Islam Invitation 

We Invite you to Islam.

Polisi Pemulangan

 
AWAS ! Artikel ini akan Mengubah Pendirian Hidup Anda Selamanya !

Ini Mungkin Bakal REVOLUSI dalam hidup anda

"Harap baca halaman ini sehingga habis. Saya yakin bahawa pandangan anda tentang rutin hidup harian anda akan berubah selepas ini. Insya'allah. Saya percaya bahawa anda inginkan perubahan dalam hidup. Begitu jua saya... Nyalakan Impian Anda Sekarang Juga !.."

Persoalan:

"Mengapa hanya 5% individu mempunyai pendapatan berjuta-juta ringgit tetapi 95% mempunyai hanya cukup makan ?."

Fakta yang harus anda akui - Individu yang memilih untuk berniaga lebih berjaya daripada individu yang makan gaji. Individu yang mempunyai "networking" atau JARINGAN yang besar lebih berjaya daripada yang  tiada JARINGAN. Individu yang berjaya dalam perniagaan mesti ada JARINGAN yang kuat .Bersama-samalah kita membina JARINGAN yang kuat dan luas. Kita perlu ingat bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.


RENUNGI & FIKIRKAN SEDALAM MUNGKIN. KERANA SELEPAS MEMBACA MUHASSABAH DIRI INI, MUNGKIN IANYA AKAN MENGUBAH PENDIRIAN ANDA SELAMANYA. BUKALAH HATI & AKUI SEJUJURNYA PADA DIRI ANDA.. INSYA'ALLAH.

Read more...
 
3DS-MAX Bank Model- untuk Designer

3Dbank

Kami mempunyai lebih dari 2000 (2 RIBU) koleksi model-model 3DS MAX untuk kegunaan industri rekabentuk dan persembahan. Aset ribuan koleksi ini adalah hasil 15 tahun pembabitan kami dalam industri rekabentuk dan 3D BANK ini disasarkan khas untuk: 

  1. INTERIOR DESIGNER
  2. ARKITEK
  3. VISUALIZER (JURU PERSEMBAHAN)
  4. EXHIBITION DESIGNER
  5. ANIMATOR
  6. INDUSTRI MULTIMEDIA
  7. PEREKA GRAFIK
  8. INDUSTRIAL DESIGNER & PERABUT
  9. PENGIKLANAN
  10. PELAJAR-PELAJAR BERKAITAN DESIGN


Telah terbukti aset model siapbina 3D ini dapat menjimatkan hampir 80% masa untuk menyediakan model 'mesh' dan 'research' dalam sesuatu proses rekabentuk. Kami menawarkan kos alternatif terendah dipasaran berbanding masa diperuntukkan dalam proses rekabentuk :

  • Model 3dsMax SOFA, KERUSI dan MEJA
  • Model 3dsMax LAMPU DAN AKSESORI
  • Model 3dsMax PERALATAN PEJABAT
  • Model 3dsMax PERALATAN AKSESORI DAPUR
  • Model 3dsMax KELENGKAPAN TANDAS & BILIK MANDI
  • Model 3dsMax PAGAR, TINGKAP DAN PINTU
  • Model 3dsMax  POKOK HIASAN
  • Model 3dsMax PERALATAN ELEKTRIK
  • Model 3dsMax KENDERAAN DARAT, LAUT & UDARA
  • Model 3dsmax ELEMEN BANGUNAN DAN LANSKAP
  • 500 jenis kesan bunyi untuk animasi dan video

-DALAM PEMBINAAN-