1kedai.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Artikel

Rahsia yang di Sembunyi: Durian Belanda Pembunuh Kanser

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah


Durian Belanda VS Kanser

Buah Durian Belanda, Pembunuh Kanser yang Ampuh !

Soursop atau Durian Belanda, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu ?

Hanya kerana melindungi industri perniagaan farmasi dunia dan ditambah pula dana penyelidikan yang dilaburkan mereka sangat besar, maka penemuan bersumberkan semualajadi ini cuba disembunyikan dari pengetahuan umum. Pengeluar industri farmasi kanser selama ini cuba memastikan supaya limpahan keuntungan dari pelaburan penyelidikan dapat mereka kaut terlebih dahulu dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis adalah sumber utama bahan ubatan kanser untuk pasaran dunia.

Begitu tragik sekali bilamana ramai orang telah meninggal dunia secara sia-sia kerana penyakit kanser sedangkan sumber penyembuhnya begitu mudah didapati serta murah. Pengusaha farmasi dan ubatan membelanjakan jutaan ringgit untuk sengaja menutup rahsia serapat-rapatnya tentang keajaipan pokok Graviola kurniaan Allah kepada hamba ciptaan Nya. Setiap penyakit yang Allah turunkan pasti datang bersama bahan penyembuhnya kecuali MATI.
 
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai “Graviola”, di Sepanyol “Guanabana” bahasa Inggerisnya pula “Soursop”. Di Indonesia, mereka memanggilnya buah Sirsak. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
 
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan moden dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti kulat (fungus) , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, tekanan atau stress, dan menormalkan kembali sistim saraf yang kurang baik.
 
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Health Sciences Institute bagi orang-orang Amerika adalah institut ini membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mencengangkan adalah: Jauh di pendalaman hutan Amazon, tumbuhnya “pohon ajaib”, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin membaik.


Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu firma penyelidikan farmasiutikal terbesar di Amerika. Buah Graviola telah di uji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an sampai  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujian dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  • Secara berkesan mensasarkan dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-paru, dan Pankreas.
  • Daya keberkesanan 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan/ membunuh sel-sel sihat !

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawapannya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, yang direncanakan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan ! 
    Sel Kanser Pembunuh 
Salah satu perusahaan farmasiutikal terbesar Amerika dengan peruntukan wang jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad telah menjadi ubat bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah hati dan rematik. Dengan bukti ilmiah yang minimum, perusahaan mengucurkan Dana dan Sumber Daya Manusia yang sangat besar guna melakukan penyelidikan dan bermacam ujian. Hasilnya sangat mencengangkan. Graviola secara ilmiah terbukti sebagai mesin pembunuh sel kanser! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
 
Dibawah Undang undang Persekutuan, sumber dari bahan semulajadi untuk ubatan adalah DILARANG / TIDAK BOLEH dipatentkan.
 
Perusahaan menghadapi masalah besar, berusaha sekuat tenaga dengan perbelanjaan sangat besar untuk membuat pengklonan dari Graviola ini agar ianya boleh dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan oleh mereka dapat mengaut keuntungan besar terlebih dahulu. Tapi usaha ini tidak berhasil. Graviola anugerah Allah ini tidak boleh di klonkan. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dollar untuk penyelidikan dan pelbagai ujian.
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur memudar, usaha penyelidikan dan ujian juga terhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK mendedahkan hasil penemuan ini.
 
Syukurlah, ada salah seorang ilmuwan dari pasukan penyelidik ini tidak tergamak melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kariernya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan alami dari hutan Amazon untuk pembuatan ubat.
 
Ketika para pakar penyelidik dari Health Sciences Institute mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai melakukan penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan dan mujarab.

The National Cancer Institute mulai melakukan penyelidikan ilmiah yang pertama mereka pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahwa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujian yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
 
Suatu kajian yang dipublikasikan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, menyebutkan bahwa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih secara selektif, membezakan dan membunuh sel kanser Usus Besar dengan 10,000 kali lebih kuat dibandingkan dengan Adriamycin dan rawatan terapi kemo !
 
Penemuan yang paling mengejutkan dari kajian oleh Catholic University ini adalah: Graviola mampu memillih secara selektif dan membunuh hanya sel jahat kanser, sedangkan sel yang sihat langsung tidak tersentuh atau terganggu . Graviola  tidak seperti terapi kemo yang tidak boleh membezakan sel kanser dan sel sihat, maka sel-sel reproduksi  contohnya rambut dibunuh habis oleh Terapi Kemo, sehingga timbul kesan negatif seperti rasa mual dan rambut gugur.
 
Sebuah kajian di Purdue University membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser seperti Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
 
Setelah selama kurang lebih 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini terbongkar juga, melalui informasi dari lembaga penyelidikan diatas.
 
Artikel lengkap tentang Graviola, dimana mendapatkan sumber, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus khas percuma terbitan Health Sciences Institute. 

Sekarang anda tahu manfaat buah durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya masam-masam manis ini sememangnya menyegarkan. Buah semulajadi 100% tanpa sebarang kesan sampingan.Sebar luaskan perkhabaran baik ini kepada keluarga, saudara, sahabat,dan teman yang anda kasihi.



LAPAN SURAH KHAS UNTUK PESAKIT KANSER:


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

  1. Istighfar 10x.
  2. Salawat Nabi 10x.
  3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

  1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
  2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
  3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
  4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
  5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
  6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
  7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
  8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.



JOM BACA QURAN. FAHAMI DALAM BAHASA MALAYSIA SEDAYA UPAYA YANG BOLEH. SEGALANYA PERCUMA ! Klik gambar dibawah.


Perisian Baca Quran
Gambar diatas untuk terjemahan Bahasa Inggeris. Boleh ditukar ke Bahasa Melayu. Juga boleh 'berkaraoke' dengan mutu audio MP3 berkualiti.

Baca Quran disini dan hayati isi kandung penterjemahan dalam Bahasa Malaysia. Apakah yang Allah ingin sampaikan untuk Anda ?
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Terjemahan 1Kedai Dotcom


Kembali ke koleksi utama artikel

Admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 01:00
 

100 Tips Pemasaran Internet dan Tingkatkan Arah Trafik Menuju ke Web Anda

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah


Halakan Trafik ke Website Anda

Ramai di antara rakan-rakan kita di Internet yang mencari tips mengenai cara promosi, pemasaran dan pengiklanan yang sesuai bagi web mereka sama ada untuk tujuan personal mahupun bisnes. Di sini 1Kedai Dotcom ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menyenaraikan 100 cara promosi yang biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers di Malaysia. Semoga ia dapat membantu anda dalam mempromosikan web secara online ataupun offline dan sebarkan kepada semua rakan niaga anda kerana ianya suatu bentuk sumbangan jariah ilmu tulus dari anda (saham berkekalan akhirat) kerana Allah. Insya'allah. Di sini ada 100 cara promosi untuk tingkatkan traffic web anda seperti berikut :


# 1
Buat blog dan cerita tentang apa-apa perkembangan tentang web atau diri anda secara lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog anda sebagai satu alat promosi yang berkesan.

# 2
Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buat
pelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

# 3
Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking - del.icio.us , furl, digg, etc

# 4
Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayari web anda.

# 5
Sindiketkan content web anda dengan menggunakan fungsi RSS supaya org lain boleh subscribe di mana-mana RSS reader.

# 6
Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali link / url web anda.

# 7
Gunakan Flickr atau Fotolog sebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitan dengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkan publisiti mengenai web anda.

# 8
Letak radio atau audio / video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.

# 9
Bagi ebook atau report free berkaitan apa-apa niche dan letakkan url web anda di dalamnya.

# 10
Buat namecard / business card dan letakkan url web anda.

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:59 Read more...
 

Bahaya Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah

Apakah itu bahaya kencing tikus atau Leptospirosis?

Penyakit Kencing Tikus


Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.

Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

   Tikus 

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.

Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan. 

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:56 Read more...
 

Keratan Artikel dari Majalah Potensi

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah


Artikel ini diambil dari keratan Majalah Potensi Edisi 20

Bagaimana 1Kedai Dotcom terbina


Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:56
 

Ditujukan Khas untuk Penderita Sakit Kepala dan Migrain

E-mail Print PDF

1Kedai Mudah

Tahap Sakit Kepala

Untuk renungan dan amalan kita semua, InsyaAllah diberkati Allah, Amin...

Kepada penderita Migrain atau sakit kepala, amalkan ayat-ayat Allah ini. Berdasarkan kisah benar dari yang pernah melaluinya...

"Alhamdulillah..Saya adalah pengidap migrain akut yang menderita hingga ke tahap muntah dan hilang keseimbangan badan. Setiap kali ini berlaku, saya pasti akan mengambil Antacid dan Synflex. Antacid bertujuan untuk menyesuaikan perut sebelum mengambil Synflex iaitu sejenis 'pain killer' yang jauh lebih kuat dari Panadol. Ini sedikit merisaukan hati saya kerana dengan mengambil 'pain killer' bermakna bakal menghadapi masalah kesihatan lain pada masa depan. Saya telah mencuba banyak kali untuk tidak mengambil Synflex, tetapi keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal.

Dengan petunjuk Allah, pada suatu hari ada seorang ustazah dari Singapura (maaf kerana sudah terlupa nama ustazah tersebut) telah mengirimkan email cara untuk mengatasi masalah migrain dan sakit kepala. Beliau menyuruh saya mengamalkan ayat-ayat Allah seperti dibawah. Setelah mengamalkan berulang kali, saya amat bersyukur kerana keajaiban muncul dan apa yang diamalkan memang berkesan. Subhanallah dan Alhamdulillah.

  1. Baca surah Al-Fatihah (1 kali)
  2. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
  3. Baca Surah Yassin ayat 58 - 'Salaamun Qaulan Min Rabirrahim' (3kali)
  4. Baca Salawat (3 kali)

Apa yang saya lakukan ialah dengan meniup diatas tapak tangan saya dan menyapukan ke kepala saya untuk seketika. Kemudian saya mengulangi kesemua langkah diatas sekali lagi. Saya harap dengan perkongsian pengalaman ini akan mendorong kita untuk lebih yakin dengan ayat-ayat Allah."


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surahtersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

  • 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku...
  • 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam...
  • 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat...
  • 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini...
  • 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin ...
  • 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin...
  • 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda. Tiada kerugian bahkan digalakkan kerana pahala dan keberkatan menanti anda. Ikhlaskanlah hati mu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah."

RM3200 Untung dibahagi 2



Kembali ke koleksi utama artikel

Rayuan admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini



 

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 01:02
 


Page 12 of 15

Artikel 1Kedai Dotcom

Senarai Artikel

Daging Anjing

KENAPA DAGING ANJING Haram dimakan

Dagu Berlapis

DAGU BERLAPIS. Bagaimana Cara Hilangkannya ?

a Nabi Adam

NABI ADAM VS MANUSIA ZAMAN BATU. Mana Satu yang Terdahulu ?

Orang Gila

ORANG TAK WARAS Selalu Sihat. Apa Rahsia Mereka ?

Jantung bermasalah

CARA MUDAH KETAHUI Jantung Anda Bermasalah

Jin Berkeliaran

PANTAU ANAK ANDA ! Waktu Jin dan Syaitan Keluar Berkeliaran
Halau Lipan

ANDA DIGIGIT LIPAN ? Bagaimana petua menghalaunya ?
Maksud Alfatihah

JANGAN MAIN-MAIN dengan Al-Fatihah kerana...
Awasi Kereta Anda

CARA MEMASTIKAN KERETA anda masih lagi ada di petak parkir

60 saat

DALAM 60 SAAT, Apakah yang Terjadi dalam Online ?
Apa GPS boleh buat

BAGAIMANA CARA MENJEJAK orang tersayang anda ?
Bahaya bangun mengejut

BANGUN MENGEJUT punca kematian tiba-tiba.
Asap Lingkaran

ASAP LINGKARAN NYAMUK = 100 Batang Rokok.
Neraka

NERAKA KINI TELAH NYALA. Berapakah Luasnya ?

Lalat dari Hadis

HADIS NABI yang Baru dibuktikan oleh Sains
Tahan Kencing

WAJIB TAHU ! - Bahaya Menahan Kencing
25 Amaran

25 TANDA AMARAN Ini Perlukan Tindakan Segera
Keanehan Gagal

KEANEHAN AKAL BURUNG GAGAK - Sains dan Al-Quran
Buah pinggang

APAKAH PETANDA Buah Pinggang yang Sedang Merosak ?
Tanah

TANAH ITU KOTOR & JIJIK - Al-Quran Membuktikan Ianya SALAH.
Kisah 2 Yahudi

KISAH 2 LELAKI YAHUDI - Jadi Pujaan Ramai di Malaysia
Khasiat Budu

KAJIAN SAINTIFIK BUDU - Kaitan Awet Muda, Kecerdasan dan Kesihatan.
Si Kidal

TANGAN KIDAL MEMILIKI 17 kelebihan dan keistimewaan
Mi Segera Bahaya

BENARKAH MI SEGERA Adalah Makanan Tiruan ?
Kucing dari pandangan Islam

KUCING SUDUT SAINTIFIK - Pandangan Islam Sejak 1500 Tahun Dulu.
Istidraj

TETAP KAYA WALAU TAK SOLAT - Kenapa Allah buat begitu ?
Jalan Kaki Rawat Penyakit

APAKAH 8 PENYAKIT yang boleh dirawat dengan Berjalan Kaki ?
Storan Tiruan

BAGAIMANA NAK TAHU Storan dan USB yang Palsu ?
Mesin Perentas Masa

TEORI MESIN MERENTAS MASA LAWAN Hujah & Bukti pada Al-Quran.
Kronologi hari pengadilan

PROSES BERMULA KIAMAT hingga ke Titi Sirat. Bacalah Jika Berani !
Hijra Arah Tawaf

PENDEDAHAN DISEBALIK Arah Jarum Jam Anda. Siapa Master-Mind ?
Yahudi di Malaysia

WUJUDKAH KOMUNITI YAHUDI di Malaysia ? Di manakah mereka ?
Dayak Merah Red Indian

RED INDIAN AMERIKA sebenarnya adalah MUSLIM !


JANGAN HIDUPKAN: Aircond Kereta Jadi Berbahaya Bila..
Melayu Bangsa Misteri

PANDANGAN YAHUDI: "Melayu Bangsa yang Misteri..."
Zikrullah

KELEBIHAN KALIMAH 'Laailaha illallah' yang ramai tak tahu.

Yahudi

MENGAPA YAHUDI BIJAK ? Kajian Dr Stephen Carr Leon
Kajian tentang Hantu

HANTU DAN JIN - Kajian dan Huraian Terkini Sains Fizik Terkini
Amaran Tikus

KENALPASTI BENCANA: Apakah yang ditawarkan oleh Sang Tikus ?
Tips mudah mencari Juzuk Al-Quran

MENAKJUBKAN: Cara mudah mencari mukasurat dalam Al-Quran
Kuku Diagnos Penyakit

KENALPASTI PENYAKIT ANDA: Perhatikan ciri-ciri pada kuku.
Ikan Candiru

IKAN CANDIRU: Lebih Ngeri dari Piranha
Bahaya Teh Ais

AWAS ! TEH AIS: Bahaya yang Tersembunyi yang Perlu Anda Tahu
Khas untuk pesakit Migrain

  

DITUJUKAN KHAS UNTUK: Penderita Sakit Kepala dan Migrain

Penawar Kanser yang disembunyikan 

RAHSIA DISEMBUNYI: Durian Belanda Penawar Mujarab Kanser
Khasiat Kayu Manis Campur Madu 

KAJIAN KHASIAT: Kayu Manis dicampur Madu
Kerosakan pada Otak 

OTAK ANDA AKAN ROSAK jika 10 Amalan ini di Amalkan. AWAS !
Asal Usul Bahasa Melayu 

DARI MANAKAH Asal-Usul Bahasa Melayu ?
Misteri Air Zam-zam

MENGUPAS MISTERI: Keajaiban Air Zam-zam
Kurus tanpa UBATAN 

CARA UNTUK KURUS tanpa Ubatan

PECAH RAHSIA: 12 tips dan Strategi Promosi
Bahaya Kencing Tikus 

BAHAYA Penyakit Kencing Tikus
4 Tips Solat Kusyuk

4 PETUA MUDAH untuk Solat Kusyuk
Hapuskan Cicak

TIPS HAPUSKAN CICAK dari Rumah Anda
Rahsia Perlunya Wudhu 

KENAPA WUDHU' sebelum solat ?


Di Sebalik Rahsia Coklat 

KHASIAT COKLAT yang mungkin tidak DIKETAHUI

Penemuan terkini rahsia piramid 

MISTERI BINAAN PIRAMID telah dijawab oleh Al-Quran
Diet yang Salah Selama ini. 

DIET SONGSANG. Selama ini rupa-rupanya kami SILAP !
Diet Rasulullah 

APAKAH yang Rasulullah Makan ?
Islam Invitation 

We Invite you to Islam.

Polisi Pemulangan

 
AWAS ! Artikel ini akan Mengubah Pendirian Hidup Anda Selamanya !

Ini Mungkin Bakal REVOLUSI dalam hidup anda

"Harap baca halaman ini sehingga habis. Saya yakin bahawa pandangan anda tentang rutin hidup harian anda akan berubah selepas ini. Insya'allah. Saya percaya bahawa anda inginkan perubahan dalam hidup. Begitu jua saya... Nyalakan Impian Anda Sekarang Juga !.."

Persoalan:

"Mengapa hanya 5% individu mempunyai pendapatan berjuta-juta ringgit tetapi 95% mempunyai hanya cukup makan ?."

Fakta yang harus anda akui - Individu yang memilih untuk berniaga lebih berjaya daripada individu yang makan gaji. Individu yang mempunyai "networking" atau JARINGAN yang besar lebih berjaya daripada yang  tiada JARINGAN. Individu yang berjaya dalam perniagaan mesti ada JARINGAN yang kuat .Bersama-samalah kita membina JARINGAN yang kuat dan luas. Kita perlu ingat bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.


RENUNGI & FIKIRKAN SEDALAM MUNGKIN. KERANA SELEPAS MEMBACA MUHASSABAH DIRI INI, MUNGKIN IANYA AKAN MENGUBAH PENDIRIAN ANDA SELAMANYA. BUKALAH HATI & AKUI SEJUJURNYA PADA DIRI ANDA.. INSYA'ALLAH.

Read more...
 
3DS-MAX Bank Model- untuk Designer

3Dbank

Kami mempunyai lebih dari 2000 (2 RIBU) koleksi model-model 3DS MAX untuk kegunaan industri rekabentuk dan persembahan. Aset ribuan koleksi ini adalah hasil 15 tahun pembabitan kami dalam industri rekabentuk dan 3D BANK ini disasarkan khas untuk: 

  1. INTERIOR DESIGNER
  2. ARKITEK
  3. VISUALIZER (JURU PERSEMBAHAN)
  4. EXHIBITION DESIGNER
  5. ANIMATOR
  6. INDUSTRI MULTIMEDIA
  7. PEREKA GRAFIK
  8. INDUSTRIAL DESIGNER & PERABUT
  9. PENGIKLANAN
  10. PELAJAR-PELAJAR BERKAITAN DESIGN


Telah terbukti aset model siapbina 3D ini dapat menjimatkan hampir 80% masa untuk menyediakan model 'mesh' dan 'research' dalam sesuatu proses rekabentuk. Kami menawarkan kos alternatif terendah dipasaran berbanding masa diperuntukkan dalam proses rekabentuk :

  • Model 3dsMax SOFA, KERUSI dan MEJA
  • Model 3dsMax LAMPU DAN AKSESORI
  • Model 3dsMax PERALATAN PEJABAT
  • Model 3dsMax PERALATAN AKSESORI DAPUR
  • Model 3dsMax KELENGKAPAN TANDAS & BILIK MANDI
  • Model 3dsMax PAGAR, TINGKAP DAN PINTU
  • Model 3dsMax  POKOK HIASAN
  • Model 3dsMax PERALATAN ELEKTRIK
  • Model 3dsMax KENDERAAN DARAT, LAUT & UDARA
  • Model 3dsmax ELEMEN BANGUNAN DAN LANSKAP
  • 500 jenis kesan bunyi untuk animasi dan video

-DALAM PEMBINAAN-