PETUA UNTUK HALAU LIPAN.
Lipan biasanya akan keluar merayap-rayap pada waktu malam. Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh. Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua. Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.
Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar seperti kerengga.. Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya. Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bisa. Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah. Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak. Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari. Oleh itu, biarkanlah lipan itu terus hidup selagi ia tidak membahayakan keselamatan anda.
Fakta Mengenai Lipan
1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.
2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.
3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.
4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.
5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan tidak dibersihkan.