1kedai.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pengesan Jejak GPS Terkecil di Dunia

E-mail Print PDF

Printhauz Banner

Artikel bank


Penjejak GPS

"KINI TIADA LAGI TEMPAT UNTUK MEREKA SEMBUNYI DARI ANDA." Dia sentiasa anda perhatikan dari satelit terus ke handfon anda !

Pengesan jejak berteknologi terkini dan berketepatan tinggi dari Siemens AG, sememangnya mudah dikendalikan. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kedudukan terkini bagi subjek yang sedang anda pantau dengan bantuan peta Google.

Menjejak sebarang lokasi subjek yang anda inginkan seperti kenderaan yang anda sewakan / pinjamkan, harta benda anda, lokasi  ahli keluarga tersayang anda seperti anak, isteri, suami atau pekerja anda sendiri. Juga memberitahu berapakah kelajuan ianya sedang bergerak. Ianya memang diakui ALAT PENGESANAN LOKASI GPS TERKECIL DIPASARAN.


Sepanjang 3 bulan pemerhatian kami, golongan pembeli Penjejak GPS kami terdiri:

  1. WANITA adalah pembeli tertinggi kami (80%) - Berkaitan kes hubungan curang rumah tangga.
  2. LOGISTIK dan PENGANGKUTAN (15%) - Berkaitan pemantauan pergerakan / kelajuan kenderaan.
  3. PENGURUSAN organisasi dan harta (5%) - Memantau kakitangan dan ahli keluarga serta aset bergerak.

Kenapa ianya gajet yang penting bagi mereka ?
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kedudukan terkini bagi subjek yang sedang anda pantau dengan bantuan peta Google terus ke handphone anda. Pada kos hanya 5 sen untuk setiap maklumat yang diterima, tentu jauh lebih berbaloi berbanding dengan nilai aset anda yang lebih berharga.

Kemanakah dan dimanakah agaknya mereka berada sekarang ?

Berketepatan tinggi, hampir tiada tempat untuk mereka sembunyikan diri dari anda ! Anda memerhatikan mereka terus dari satelit ke handphone anda.
Menjejak sebarang lokasi subjek yang anda inginkan seperti kenderaan yang anda sewakan / pinjamkan, harta benda anda, lokasi  ahli keluarga tersayang anda seperti anak, isteri, suami atau pekerja anda sendiri.

Pengesan Jejak GPS

Secara ringkasnya, Penjejak GPS adalah gajet kecil yang berhubung dengan satelit bertujuan untuk mengesan:

  1. Melapurkan lokasi terkini kedudukan subjek anda dengan ketepatan tinggi terus ke handset anda.
  2. Memantau setiap pergerakan dan kelajuan subjek terus ke handset anda.
  3. Merekod setiap peta corak pergerakan terus kedalam kad memori GPS (terbaru model 2013)
  4. Mendengar perbualan / bunyi sekeliling peranti GPS terus dari handset anda (voice surveillance)

Berfungsi berpandukan sistem sedia ada di Malaysia iaitu melalui rangkaian GSM/GPRS dan jaringan satelit GPS. Produk ini berupaya mengawasi serta mengenal pasti lokasi sasaran dengan tepat hanya melalui SMS yang anda hantar atau GPRS.  Sebaik sahaja anda menghantar mesej teks SMS pada unit ini, secara otomatik ianya akan membalas dengan maklumat kordinat atau lokasi kedudukan ia berada sekarang. Anda boleh menggunakan atau memeriksa maklumat kedudukan kordinat yang diterima melalui perisian pemetaan seperti Google Earth / Google Map atau peralatan GPS (Satnav) kereta anda.

Bukan itu saja, anda boleh mendapatkan maklumat kedudukan sasaran pada selaan masa spesifik (minimum 30 saat) atau mengikut selaan masa setiap 30 saat (contoh) melalui hubungan GPRS komputer anda pada masa sebenar.

Bagaimana pula dengan kos untuk mendapatkan maklumat ? TERAMAT MURAH ! Purata hanya 5 sen bagi setiap caj mesej SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya. Tidak kira sama ada SIMKAD telefon anda menggunakan Prepaid ataupun Postpaid. Anda pasti mampu !

Pengesan Jejak GPS

Pengalaman penulis (admin 1kedai dotcom). Kenapa penjejak GPS ini amat di perlukan oleh saya ?

Dalam membesarkan anak-anak yang sedang bersekolah, memang tidak dinafikan memang agak rumit dalam memantau keselamatan mereka. Tambahan pula menetap di kotaraya sebesar Kuala Lumpur dimana saya dan isteri sibuk bekerja dengan rutin yang ketat. Urusan anak-anak (makan, ke sekolah agama pagi, kelas mengaji Quran dan naik bas ke sekolah rendah petang) terpaksa diserahkan separuh kepada penjaga / pengasuh.

Dimanakah anak anda kini berada ?

&feature=related

Sememangnya kami sedar pergerakkan anak harus di pantau setiap masa. Adakah segala rutin mereka lancar dan teratur serta berada pada lokasi sepatutnya ? Kami ingin bekerja dengan HATI YANG LEBIH TENTERAM tanpa perlu risaukan keselamatan anak atau ahli keluarga. Anak yang semakin meningkat remaja sudah tentu terdedah dengan berbagai godaan, pergaulan kawan-kawan dan hiburan diluar sana. PEMANTAUAN pergerakan mereka adalah amat penting, agar tidak menyesal dikemudian hari. Saya mengesyorkan Penjejak GPS berteknologi satelit ini adalah ikhtiar yang perlu ada pada setiap keluarga dalam menjamin keselamatan mereka apatah lagi dengan kadar jenayah yang tinggi terutamanya dikota-kota besar. Memang berbaloi untuk mengorbankan sedikit wang anda asalkan segalanya selamat dan tenteram. Anak-anak dan keluarga anda adalah harta yang tidak ternilai. Insya'allah.

Langkah mudah cara menggunakan Penjejak

Lokasi GPS

Setakat ini ramai pembeli gajet penjejak GPS kami masih dikuasai oleh kaum wanita. Mungkinkah mereka lebih peka dan perihatin tentang keselamatan keluarga berbanding kaum lelaki ? Tidak kurang juga yang membeli dari 1Kedai Dotcom hanya untuk memantau kemanakah menghilangnya teman lelaki / wanita atau suami mereka. Ya, kami faham situasi mereka dan 'No Comments'...

  TV9 Nasi Lemak Kopi O

Apakah 10 kegunaan utama bagi Gajet Penjejak GPS

  • 1. Orang Kurang Upaya: Sama seperti orang-orang tua, orang kurang upaya perlu menggunakan gajet pengesanan yang menawarkan panggilan kecemasan (butang SOS) segera bagi membantu dalam kes kecemasan.
  • 2. Pencegahan Kecurian Kereta: Dengan memasang alat mengesan pada kenderaan, lokasi ia sentiasa boleh diketahu dan di pantaui. Ini akan membantu mengurangkan peratus kecurian kenderaan yang tinggi di Malaysia. Banyak ciri-ciri canggih pada penjejak GPS kami mempunyai fungsi pencegahan kecurian kenderaan.
  • 3. Mengambil Penjagaan Warga Tua: Warga tua boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang termasuk keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan pengesanan. Mereka boleh memanggil perkhidmatan kecemasan dalam kes mereka jatuh dan tidak boleh bangun atau kerana isu-isu kesihatan dan dibantu dengan cepat.
  • 4. Polis & Detektif Peribadi: Polis boleh mendapat manfaat dengan melampirkan peranti pengesanan kepada kenderaan semasa penyiasatan, yang membolehkan mereka dengan mudah mengesan pergerakan dan datang dengan bukti-bukti yang kukuh.
  • 5. Aktiviti Kembara: Pejalan kaki sering mengambil risiko meneroka kawasan yang tidak dicartakan. Dengan penjejaki GPS, pejalan kaki yang hilang dapat ditemui dengan cepat sekiranya mereka dilengkapi dengan gajet pengesan jejak GPS ketika menempuh hutan belantara.
  • 6. Wanita Tunggal: Terdapat banyak kawasan atau zon yang bahaya bagi seseorang wanita yang bersendirian. Berwaspada sebelum terlewat dapat mencegah dari memasuki situasi perangkap bahaya. Sebuah penjejak GPS yang disimpan didalam beg tangan wanita mungkin menjadi faktor penyelamat bagi seseorang wanita.
  • 7. Penggemar Perkemahan: Sama seperti pejalan kaki, peminat perkhemahan yang membawa peranti pengesanan pada mereka kurang cenderung untuk hilang tanpa diselamatkan. Mereka juga boleh mengesan di mana mereka sedang berada dan di mana mereka mahu tujui. Ini akan memudahkan mereka mencari tapak perkhemahan baru disamping mencegah mereka dari tersesat.
  • 8. Pengusaha Syarikat Kereta Sewa dan Logistik: Penjejak GPS membolehkan seorang pengusaha kereta sewa sentiasa memantau pergerakan aset milik mereka. Pengusaha lori dan bas pula dapat menguruskan laluan kenderaan syarikat mereka dengan lebih terancang iaitu tentang kecekapan pengurusan sambil mengurangkan pembaziran masa dan bahan api. Ianya adalah sesuatu yang berkait dengan keuntungan dalam operasi syarikat.
  • 9. Haiwan peliharaan: A peranti pengesanan mudah di pasang atau dikalungkan pada haiwan peliharaan mereka. Ini sekaligus dapat mencegah kes kehilangan binatang peliharaan yang seringkali berlaku ketika ketiadaan tuannya.
  • 10. Lukisan / Keselamatan Kerjaseni: Artwork adalah berharga dan sering ditukar ganti, dan ia adalah malangnya sasaran utama untuk pencuri. Dengan GPS pemilik peranti boleh belajar lokasi sekeping dicuri dan pulih dengan segera.

Butang Isyarat kecemasan SOS

Ianya juga dilengkapi butang isyarat kecemasan SOS di sebelah rusuk kanan gajet ini. Tekan butang SOS ini selama 3 saat, ianya akan menghantar mesej "help me !" kepada semua nombor telefon yang telah didaftarkan dengan gajet ini. Mesej ini dihantar setiap 3 minit bersama kedudukan kordinat terkini hinggalah ianya dijawab oleh salah satu dari nombor-nombor telefon tadi dengan mesej SMS "help me!"

Mesej kecemasan ini hanya dapat dihentikan setelah anda membalas mesej SMS berbunyi help me! ke nombor pada GPS anda.
Pengesan Jejak GPS

Fungsi Pengesanan Amaran Pergerakan:

Ianya akan melapurkan amaran serta merta ke handfon anda sebaik sahaja mengesan ada perubahan lokasi atau pergerakan sejauh lebih dari 200m hingga 9999 meter. Untuk menetapkan fungsi ini, anda perlu menghantar SMS ke unit GPS iaitu "move+password+space+0200". Contohnya: move123456 0200 dan kemudian hantarkan ke nombor Simkad GPS lalu ianya akan membalas "move OK" jika telah berjaya. Mesej amaran SMS yang anda terima lazimnya adalah seperti contoh berikut: Move+latitud+longitud pada selang masa setiap 3 minit. Untuk mematikan fungsi mesej amaran pergerakan, anda perlu menghantar SMS ke GPS seperti berikut: "nomove+password". Password default / sementara ialah: 123456

Artikel bank

Fungsi Pengawasan Suara ( Mod Monitor )

Penjejak GPS model terbaru kami juga dilengkapi dengan fungsi pengawasan suara atau 'voice surveillance'. Ianya hampir menyerupai dengan fungsi produk kami yang dikenali sebagai 'Sonic Boom' kerana dilengkapi dengan liang mikrofon kecil pada sisi kanan yang berfungsi mendengar perbualan disekitar unit GPS diletakkan. Fungsi asal / default penjejak GPS ini ialah 'tracker mode' iaitu pengesanan kedudukan lokasi. Dalam kedudukan 'monitor mode', pengesanan lokasi tidak dapat dilakukan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, hantarkan SMS ke unit GPS seperti berikut: “monitor+password" dan ia akan membalas "monitor OK !" jika berjaya. Untuk kembali ke fungsi asal sebagai penjejak lokasi atau "Tracker Mode" hantarkan SMS seperti berikut: “tracker+password” dan ianya akan membalas dengan jawapan "tracker OK !" jika telah berjaya. Password default / sementara ialah: 123456

Mendengar Perbualan

Fungsi Amaran Pengesanan Kejutan (Shock Sensor)

Antara fungsi terbaru Penjejak GPS. Ianya dalam kedudukan tidak aktif pada penetapan asal dari kilang. Untuk mengaktifkan, hantarkan SMS bertulis: “shock+password” ke Simkad pada GPS anda dan ianya akan membalas “Shock is activated!” jika berjaya. Setiap kali Penjejak GPS mengesan sebarang getaran atau hentakan, anda akan menerima mesej “Sensor alarm+Geo-info” ke setiap nombor yang telah didaftarkan. Kadar sensitiviti deria pengesan kejutan mempunyai tiga tahap berbeza:

  • Pada Tahap 1, amaran akan diaktifkan sebaik saja mengesan sedikit getaran. Penetapan, hantarkan SMS: "sensitivity+password+space+1"
  • Pada Tahap 2, amaran dihidupkan selepas mengesan 8 kali getaran dalam masa 2 saat. Hantarkan SMS: " sensitivity+password+space+2 "
  • Pada Tahap 3, amaran akan diaktifkan selepas mengesan hingga 25 kali getaran dalam 5 saat. Hantarkan SMS: " sensitivity+password+space+3 "

Untuk nyah-aktifkan fungsi amaran ini, hantarkan SMS ke simkad pada GPS ini seperti berikut: "noshock+password"

Antara ciri-ciri unik:

  • SIRF3 Chip, modul Simcom300 GSM/GPRS
  • Pelbagai fungsi secara langsung seperti Sistem Auto-track, Pengintipan perbualan, 'pagar-geo' yang akan memberi amaran jika subjek memasuki kawasan diluar yang ditetapkan.
  • Pelbagai fungsi amaran seperti isyarat sebarang pergerakan, isyarat melebihi kelajuan yang ditetapkan (SMS amaran dikirimkan otomatik) serta amaran bateri lemah.
  • Memberi amaran jika subjek sasaran telah bergerak melebihi kelajuan yang telah anda tetapkan.
  • Gajet Anti-Kecurian yang berkesan untuk pencegahan kehilangan kenderaan ringan atau berat sekaligus memerangi kadar jenayah kecurian domestik.
  • Sesuai untuk pengendali kereta sewa atau pengurusan pengangkutan ulang-alik.
  • Mengawasi dan melindungi anak-anak anda, orang kurang upaya, warga tua, binatang peliharaan dan sebagainya.
  • Memastikan anda selalu aman dan tenteram jika anda seorang ahli perniagaan yang selalu bergerak.
  • Menguruskan pekerja atau kakitangan anda dengan lebih efisien.
  • Menjejak kes jenayah secara rahsia.
  • Automatik memberi laporan kedudukan kordinat terakhir jika gagal mengesan subjek.
  • Konfigurasi atau penetapan fungsi arahan melalui SMS atau melalui aplikasi perisian dari pemuka USB.
  • Butang SOS (jika berlaku kecemasan). Dalam kes penculikan contohnya, kordinat kedudukan anda akan dikirimkan ke telefon yang telah didaftarkan.

&feature=player_embedded

Spesifikasi :

  • Rangkaian perkhidmatan: GSM / GPRS
  • Band: 850/900/1800/1900 Mhz
  • GPS Chip: SIRF3
  • Modul GSM/GPRS : Siemens MC55/MC56 Simcom300/340
  • Sensitiviti GPS : -159 dBm
  • Ketepatan GPS : 5 meter
  • Pengecas Kereta : 12-24V input, 5V output
  • Pengecas dinding : 110 - 220V input, 5V output
  • Bateri : Li-ion boleh di cas semula dan ditukar ganti - 3.7V 800mAh
  • Standby: 48 jam
  • Mempunyai permukaan bermagnet untuk dilekatkan pada permukaan logam.
  • Dimensi: 64 X 46 X 17mm
  • Berat: 50 gram

Pengesan Jejak GPS

Kandungan Setiap Pakej :

Pakej Pengesan Jejak GPS

  • 1 X Unit utama Penjejak GPS
  • 2 X Bateri Li-ion boleh dicas semula
  • Sarung perlindungan plastik kalis cuaca
  • Pengecas bateri
  • Badan bermagnet
  • 1 X Power Adapter
  • 1 X CD Driver dan perisian
  • 1 X Set Manual caraguna (English).

Kini terdapat aksesori terbaru untuk dipasang pada kenderaan anda bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan berterusan. Memperkenalkan unit pengecas bateri bagi kenderaan. Anda boleh menghantar unit ini untuk dipasang dikedai-kedai aksesori berdekatan dengan anda pada upah yang minima.

Pengesan Jejak GPS Charger


Beberapa tips pemasangan atau penetapan mudah untuk permulaan :

Langkah Mudah Setup GPS

  1. Beli sebarang Simkad telefon yang baru (samada Celcom, Digi, Maxis dsb). Pastikan simkad baru boleh beroperasi sempurna setelah didaftarkan.
  2. Cas bateri dulu untuk 8 hingga 12 jam untuk pertama kali. 3 hingga 5 jam cas diperlukan untuk operasi seterusnya. Lampu hijau berkelip-kelip.
  3. Masukkan simkad kedalam tracker, pasangkan bateri yang sudah dicas penuh. Setelah 10 hingga 40 saat, tracker mengenal pasti servis perkhidmatan tersedia.
  4. Lampu penunjuk hijau akan berkelip setiap 4 saat sebaik sahaja rangkaian perkhidmatan dikesan. Ia juga menandakan Simkad telah dipasang betul (tidak terbalik).
  5. Password default alat ini ialah 123456. PENTING: Pada langkah 5 hingga 7, perlu anda lakukan diluar bangunan dan terdedah pada langit supaya ada hubungan terus dengan satelit di angkasa. Langit mesti cerah dan bersih. Hantarkan SMS ke simkad  unit tracker dengan mesej: begin123456
  6. Alat ini akan membalas: "begin OK" terus ke handphone anda iaitu menandakan kelulusan diterima.
  7. Seterusnya, GPS tracker ini harus didaftarkan / diprogramkan pada nombor handphone anda. SMSkan ke tracker dengan menaip "admin+password+jarakkan+handphone". Contohnya: admin123456 012232333
  8. Jika ianya berjaya didaftarkan, tracker akan membalas melalui SMS: "admin ok" menandakan kelulusan diberi.
  9. Selepas 1 jam langkah-langkah diatas di ikuti, gajet GPS tracker ini akan beroperasi sepenuhnya dengan memberikan informasi kedudukan dalam maklumat latitud, longitud, kelajuan, masa, dsb terus ke handphone anda.
  10. Setiap kali anda dail pada nombor milik GPS Tracker ini, ianya akan membalas SMS tentang segala maklumat kedudukan untuk anda pantau pada Google Earth, Google Map atau sebarang alat pemetaan yang anda ada.
  11. Tracker ini juga boleh memberi lapuran kedudukan sasaran secara otomatik untuk setiap 30 saat. Hantarkan SMS dengan menaip: "t030s005n+password". Contohnya: t030s005n123456
  12. Baca dengan teliti manual (CD atau buku) yang disertakan untuk lebih maklumat terperinci. Contohnya untuk penetapan masa, tukar password, amaran geo-fence (penetapan had sempadan pergerakan), amaran pergerakan subjek, amaran kelajuan sedang melebihi had ditetapkan, amaran kecemasan "help me" jika butang SOS ditekan dan banyak lagi yang tak mampu kami terangkan disini. Kesimpulan, "IANYA MEMANG GAJET YANG AMAT CANGGIH !"

Jika anda merasa sukar untuk melakukan pemasangan atau penetapan pada unit Pengesan Jejak anda, kami sedia membantu anda hingga berjaya. Tiada caj tambahan. Telefon terus ke: 010-201 2001

Y HARGA TAWARAN DI 1KEDAI DOTCOM : RM390 Sahaja (Termasuk Kurier Pos Laju dan No Tracking)


KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM

Bagaimana Nak OrderPenghantaran


Kilik ke senarai utama


Kembali ke Katalog Utama



Last Updated on Thursday, 12 November 2015 14:22  

Artikel 1Kedai Dotcom

Senarai Artikel

Dagu Berlapis

DAGU BERLAPIS. Bagaimana Cara Hilangkannya ?

a Nabi Adam

NABI ADAM VS MANUSIA ZAMAN BATU. Mana Satu yang Terdahulu ?

Orang Gila

ORANG TAK WARAS Selalu Sihat. Apa Rahsia Mereka ?

Jantung bermasalah

CARA MUDAH KETAHUI Jantung Anda Bermasalah

Jin Berkeliaran

PANTAU ANAK ANDA ! Waktu Jin dan Syaitan Keluar Berkeliaran
Halau Lipan

ANDA DIGIGIT LIPAN ? Bagaimana petua menghalaunya ?
Maksud Alfatihah

JANGAN MAIN-MAIN dengan Al-Fatihah kerana...
Awasi Kereta Anda

CARA MEMASTIKAN KERETA anda masih lagi ada di petak parkir

60 saat

DALAM 60 SAAT, Apakah yang Terjadi dalam Online ?
Apa GPS boleh buat

BAGAIMANA CARA MENJEJAK orang tersayang anda ?
Bahaya bangun mengejut

BANGUN MENGEJUT punca kematian tiba-tiba.
Asap Lingkaran

ASAP LINGKARAN NYAMUK = 100 Batang Rokok.
Neraka

NERAKA KINI TELAH NYALA. Berapakah Luasnya ?

Lalat dari Hadis

HADIS NABI yang Baru dibuktikan oleh Sains
Tahan Kencing

WAJIB TAHU ! - Bahaya Menahan Kencing
25 Amaran

25 TANDA AMARAN Ini Perlukan Tindakan Segera
Keanehan Gagal

KEANEHAN AKAL BURUNG GAGAK - Sains dan Al-Quran
Buah pinggang

APAKAH PETANDA Buah Pinggang yang Sedang Merosak ?
Tanah

TANAH ITU KOTOR & JIJIK - Al-Quran Membuktikan Ianya SALAH.
Kisah 2 Yahudi

KISAH 2 LELAKI YAHUDI - Jadi Pujaan Ramai di Malaysia
Khasiat Budu

KAJIAN SAINTIFIK BUDU - Kaitan Awet Muda, Kecerdasan dan Kesihatan.
Si Kidal

TANGAN KIDAL MEMILIKI 17 kelebihan dan keistimewaan
Mi Segera Bahaya

BENARKAH MI SEGERA Adalah Makanan Tiruan ?
Kucing dari pandangan Islam

KUCING SUDUT SAINTIFIK - Pandangan Islam Sejak 1500 Tahun Dulu.
Istidraj

TETAP KAYA WALAU TAK SOLAT - Kenapa Allah buat begitu ?
Jalan Kaki Rawat Penyakit

APAKAH 8 PENYAKIT yang boleh dirawat dengan Berjalan Kaki ?
Storan Tiruan

BAGAIMANA NAK TAHU Storan dan USB yang Palsu ?
Mesin Perentas Masa

TEORI MESIN MERENTAS MASA LAWAN Hujah & Bukti pada Al-Quran.
Kronologi hari pengadilan

PROSES BERMULA KIAMAT hingga ke Titi Sirat. Bacalah Jika Berani !
Hijra Arah Tawaf

PENDEDAHAN DISEBALIK Arah Jarum Jam Anda. Siapa Master-Mind ?
Yahudi di Malaysia

WUJUDKAH KOMUNITI YAHUDI di Malaysia ? Di manakah mereka ?
Dayak Merah Red Indian

RED INDIAN AMERIKA sebenarnya adalah MUSLIM !


JANGAN HIDUPKAN: Aircond Kereta Jadi Berbahaya Bila..
Melayu Bangsa Misteri

PANDANGAN YAHUDI: "Melayu Bangsa yang Misteri..."
Zikrullah

KELEBIHAN KALIMAH 'Laailaha illallah' yang ramai tak tahu.

Yahudi

MENGAPA YAHUDI BIJAK ? Kajian Dr Stephen Carr Leon
Kajian tentang Hantu

HANTU DAN JIN - Kajian dan Huraian Terkini Sains Fizik Terkini
Amaran Tikus

KENALPASTI BENCANA: Apakah yang ditawarkan oleh Sang Tikus ?
Tips mudah mencari Juzuk Al-Quran

MENAKJUBKAN: Cara mudah mencari mukasurat dalam Al-Quran
Kuku Diagnos Penyakit

KENALPASTI PENYAKIT ANDA: Perhatikan ciri-ciri pada kuku.
Ikan Candiru

IKAN CANDIRU: Lebih Ngeri dari Piranha
Bahaya Teh Ais

AWAS ! TEH AIS: Bahaya yang Tersembunyi yang Perlu Anda Tahu
Khas untuk pesakit Migrain

  

DITUJUKAN KHAS UNTUK: Penderita Sakit Kepala dan Migrain

Penawar Kanser yang disembunyikan 

RAHSIA DISEMBUNYI: Durian Belanda Penawar Mujarab Kanser
Khasiat Kayu Manis Campur Madu 

KAJIAN KHASIAT: Kayu Manis dicampur Madu
Kerosakan pada Otak 

OTAK ANDA AKAN ROSAK jika 10 Amalan ini di Amalkan. AWAS !
Asal Usul Bahasa Melayu 

DARI MANAKAH Asal-Usul Bahasa Melayu ?
Misteri Air Zam-zam

MENGUPAS MISTERI: Keajaiban Air Zam-zam
Kurus tanpa UBATAN 

CARA UNTUK KURUS tanpa Ubatan

PECAH RAHSIA: 12 tips dan Strategi Promosi
Bahaya Kencing Tikus 

BAHAYA Penyakit Kencing Tikus
4 Tips Solat Kusyuk

4 PETUA MUDAH untuk Solat Kusyuk
Hapuskan Cicak

TIPS HAPUSKAN CICAK dari Rumah Anda
Rahsia Perlunya Wudhu 

KENAPA WUDHU' sebelum solat ?


Di Sebalik Rahsia Coklat 

KHASIAT COKLAT yang mungkin tidak DIKETAHUI

Penemuan terkini rahsia piramid 

MISTERI BINAAN PIRAMID telah dijawab oleh Al-Quran
Diet yang Salah Selama ini. 

DIET SONGSANG. Selama ini rupa-rupanya kami SILAP !
Diet Rasulullah 

APAKAH yang Rasulullah Makan ?
Islam Invitation 

We Invite you to Islam.

 
AWAS ! Artikel ini akan Mengubah Pendirian Hidup Anda Selamanya !

Ini Mungkin Bakal REVOLUSI dalam hidup anda

"Harap baca halaman ini sehingga habis. Saya yakin bahawa pandangan anda tentang rutin hidup harian anda akan berubah selepas ini. Insya'allah. Saya percaya bahawa anda inginkan perubahan dalam hidup. Begitu jua saya... Nyalakan Impian Anda Sekarang Juga !.."

Persoalan:

"Mengapa hanya 5% individu mempunyai pendapatan berjuta-juta ringgit tetapi 95% mempunyai hanya cukup makan ?."

Fakta yang harus anda akui - Individu yang memilih untuk berniaga lebih berjaya daripada individu yang makan gaji. Individu yang mempunyai "networking" atau JARINGAN yang besar lebih berjaya daripada yang  tiada JARINGAN. Individu yang berjaya dalam perniagaan mesti ada JARINGAN yang kuat .Bersama-samalah kita membina JARINGAN yang kuat dan luas. Kita perlu ingat bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.


RENUNGI & FIKIRKAN SEDALAM MUNGKIN. KERANA SELEPAS MEMBACA MUHASSABAH DIRI INI, MUNGKIN IANYA AKAN MENGUBAH PENDIRIAN ANDA SELAMANYA. BUKALAH HATI & AKUI SEJUJURNYA PADA DIRI ANDA.. INSYA'ALLAH.

Read more...
 
3DS-MAX Bank Model- untuk Designer

3Dbank

Kami mempunyai lebih dari 2000 (2 RIBU) koleksi model-model 3DS MAX untuk kegunaan industri rekabentuk dan persembahan. Aset ribuan koleksi ini adalah hasil 15 tahun pembabitan kami dalam industri rekabentuk dan 3D BANK ini disasarkan khas untuk: 

  1. INTERIOR DESIGNER
  2. ARKITEK
  3. VISUALIZER (JURU PERSEMBAHAN)
  4. EXHIBITION DESIGNER
  5. ANIMATOR
  6. INDUSTRI MULTIMEDIA
  7. PEREKA GRAFIK
  8. INDUSTRIAL DESIGNER & PERABUT
  9. PENGIKLANAN
  10. PELAJAR-PELAJAR BERKAITAN DESIGN


Telah terbukti aset model siapbina 3D ini dapat menjimatkan hampir 80% masa untuk menyediakan model 'mesh' dan 'research' dalam sesuatu proses rekabentuk. Kami menawarkan kos alternatif terendah dipasaran berbanding masa diperuntukkan dalam proses rekabentuk :

  • Model 3dsMax SOFA, KERUSI dan MEJA
  • Model 3dsMax LAMPU DAN AKSESORI
  • Model 3dsMax PERALATAN PEJABAT
  • Model 3dsMax PERALATAN AKSESORI DAPUR
  • Model 3dsMax KELENGKAPAN TANDAS & BILIK MANDI
  • Model 3dsMax PAGAR, TINGKAP DAN PINTU
  • Model 3dsMax  POKOK HIASAN
  • Model 3dsMax PERALATAN ELEKTRIK
  • Model 3dsMax KENDERAAN DARAT, LAUT & UDARA
  • Model 3dsmax ELEMEN BANGUNAN DAN LANSKAP
  • 500 jenis kesan bunyi untuk animasi dan video

-DALAM PEMBINAAN-