1kedai.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Asal Usul Bahasa Melayu

E-mail Print PDF

 1Kedai Mudah


 Sejarah Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 

  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
  •  Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
  •  Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
  •  Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu 

  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) 
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Bangsa Melayu
Gambarajah di atas menunjukkan hasil kajian yang dibuat tentang susur galur bangsa Melayu bermula dari Nabi Nuh.

Berikut pula menerangkan bagaimana pertalian hubungan bangsa Melayu di Nusantara. Kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 

Perkembangan Bahasa Melayu 

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  1. Bahasa Melayu Kuno 
  2. Bahasa Melayu Klasik 
  3. Bahasa Melayu Moden. 
Bahasa Melayu Kuno 

Merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: 

  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat 
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. 

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: 

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
  • Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: 

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) 

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) 

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) 

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) 

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: 

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit 
  • Susunan ayat bersifat Melayu 
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) 

 Perkembangan Bahasa Melayu

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: 

  1.  Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356). Ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  2.  Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380). Masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
  3.  Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387). Diitulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. 

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. 

Bahasa Melayu Klasik 

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: 

  1. Zaman kerajaan Melaka 
  2. Zaman kerajaab Acheh 
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau 

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 

Ciri-ciri bahasa klasik: 

  • Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • Banyak ayat pasif.
  • Menggunakan bahasa istana 
  • Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Ayat songsang
  • Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' 

Bahasa Melayu Moden 

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.


Rayuan admin 1Kedai: Jika anda tidak keberatan, harap dapat 'FORWARD'kan ilmu yang bermanafaat ini sebagai satu lagi amalan kebaikan kepada teman-teman atau insan yang anda kasihi kerana:
 " Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia yang lain ".. Buatkan satu amalan mudah anda. Hanya klik butang di bucu atas halaman ini: Mohon klik ikon dibucu page ini


Kembali ke koleksi utama artikel

Last Updated on Tuesday, 07 February 2017 00:51  

Artikel 1Kedai Dotcom

Senarai Artikel

Daging Anjing

KENAPA DAGING ANJING Haram dimakan

Dagu Berlapis

DAGU BERLAPIS. Bagaimana Cara Hilangkannya ?

a Nabi Adam

NABI ADAM VS MANUSIA ZAMAN BATU. Mana Satu yang Terdahulu ?

Orang Gila

ORANG TAK WARAS Selalu Sihat. Apa Rahsia Mereka ?

Jantung bermasalah

CARA MUDAH KETAHUI Jantung Anda Bermasalah

Jin Berkeliaran

PANTAU ANAK ANDA ! Waktu Jin dan Syaitan Keluar Berkeliaran
Halau Lipan

ANDA DIGIGIT LIPAN ? Bagaimana petua menghalaunya ?
Maksud Alfatihah

JANGAN MAIN-MAIN dengan Al-Fatihah kerana...
Awasi Kereta Anda

CARA MEMASTIKAN KERETA anda masih lagi ada di petak parkir

60 saat

DALAM 60 SAAT, Apakah yang Terjadi dalam Online ?
Apa GPS boleh buat

BAGAIMANA CARA MENJEJAK orang tersayang anda ?
Bahaya bangun mengejut

BANGUN MENGEJUT punca kematian tiba-tiba.
Asap Lingkaran

ASAP LINGKARAN NYAMUK = 100 Batang Rokok.
Neraka

NERAKA KINI TELAH NYALA. Berapakah Luasnya ?

Lalat dari Hadis

HADIS NABI yang Baru dibuktikan oleh Sains
Tahan Kencing

WAJIB TAHU ! - Bahaya Menahan Kencing
25 Amaran

25 TANDA AMARAN Ini Perlukan Tindakan Segera
Keanehan Gagal

KEANEHAN AKAL BURUNG GAGAK - Sains dan Al-Quran
Buah pinggang

APAKAH PETANDA Buah Pinggang yang Sedang Merosak ?
Tanah

TANAH ITU KOTOR & JIJIK - Al-Quran Membuktikan Ianya SALAH.
Kisah 2 Yahudi

KISAH 2 LELAKI YAHUDI - Jadi Pujaan Ramai di Malaysia
Khasiat Budu

KAJIAN SAINTIFIK BUDU - Kaitan Awet Muda, Kecerdasan dan Kesihatan.
Si Kidal

TANGAN KIDAL MEMILIKI 17 kelebihan dan keistimewaan
Mi Segera Bahaya

BENARKAH MI SEGERA Adalah Makanan Tiruan ?
Kucing dari pandangan Islam

KUCING SUDUT SAINTIFIK - Pandangan Islam Sejak 1500 Tahun Dulu.
Istidraj

TETAP KAYA WALAU TAK SOLAT - Kenapa Allah buat begitu ?
Jalan Kaki Rawat Penyakit

APAKAH 8 PENYAKIT yang boleh dirawat dengan Berjalan Kaki ?
Storan Tiruan

BAGAIMANA NAK TAHU Storan dan USB yang Palsu ?
Mesin Perentas Masa

TEORI MESIN MERENTAS MASA LAWAN Hujah & Bukti pada Al-Quran.
Kronologi hari pengadilan

PROSES BERMULA KIAMAT hingga ke Titi Sirat. Bacalah Jika Berani !
Hijra Arah Tawaf

PENDEDAHAN DISEBALIK Arah Jarum Jam Anda. Siapa Master-Mind ?
Yahudi di Malaysia

WUJUDKAH KOMUNITI YAHUDI di Malaysia ? Di manakah mereka ?
Dayak Merah Red Indian

RED INDIAN AMERIKA sebenarnya adalah MUSLIM !


JANGAN HIDUPKAN: Aircond Kereta Jadi Berbahaya Bila..
Melayu Bangsa Misteri

PANDANGAN YAHUDI: "Melayu Bangsa yang Misteri..."
Zikrullah

KELEBIHAN KALIMAH 'Laailaha illallah' yang ramai tak tahu.

Yahudi

MENGAPA YAHUDI BIJAK ? Kajian Dr Stephen Carr Leon
Kajian tentang Hantu

HANTU DAN JIN - Kajian dan Huraian Terkini Sains Fizik Terkini
Amaran Tikus

KENALPASTI BENCANA: Apakah yang ditawarkan oleh Sang Tikus ?
Tips mudah mencari Juzuk Al-Quran

MENAKJUBKAN: Cara mudah mencari mukasurat dalam Al-Quran
Kuku Diagnos Penyakit

KENALPASTI PENYAKIT ANDA: Perhatikan ciri-ciri pada kuku.
Ikan Candiru

IKAN CANDIRU: Lebih Ngeri dari Piranha
Bahaya Teh Ais

AWAS ! TEH AIS: Bahaya yang Tersembunyi yang Perlu Anda Tahu
Khas untuk pesakit Migrain

  

DITUJUKAN KHAS UNTUK: Penderita Sakit Kepala dan Migrain

Penawar Kanser yang disembunyikan 

RAHSIA DISEMBUNYI: Durian Belanda Penawar Mujarab Kanser
Khasiat Kayu Manis Campur Madu 

KAJIAN KHASIAT: Kayu Manis dicampur Madu
Kerosakan pada Otak 

OTAK ANDA AKAN ROSAK jika 10 Amalan ini di Amalkan. AWAS !
Asal Usul Bahasa Melayu 

DARI MANAKAH Asal-Usul Bahasa Melayu ?
Misteri Air Zam-zam

MENGUPAS MISTERI: Keajaiban Air Zam-zam
Kurus tanpa UBATAN 

CARA UNTUK KURUS tanpa Ubatan

PECAH RAHSIA: 12 tips dan Strategi Promosi
Bahaya Kencing Tikus 

BAHAYA Penyakit Kencing Tikus
4 Tips Solat Kusyuk

4 PETUA MUDAH untuk Solat Kusyuk
Hapuskan Cicak

TIPS HAPUSKAN CICAK dari Rumah Anda
Rahsia Perlunya Wudhu 

KENAPA WUDHU' sebelum solat ?


Di Sebalik Rahsia Coklat 

KHASIAT COKLAT yang mungkin tidak DIKETAHUI

Penemuan terkini rahsia piramid 

MISTERI BINAAN PIRAMID telah dijawab oleh Al-Quran
Diet yang Salah Selama ini. 

DIET SONGSANG. Selama ini rupa-rupanya kami SILAP !
Diet Rasulullah 

APAKAH yang Rasulullah Makan ?
Islam Invitation 

We Invite you to Islam.

Polisi Pemulangan

 
AWAS ! Artikel ini akan Mengubah Pendirian Hidup Anda Selamanya !

Ini Mungkin Bakal REVOLUSI dalam hidup anda

"Harap baca halaman ini sehingga habis. Saya yakin bahawa pandangan anda tentang rutin hidup harian anda akan berubah selepas ini. Insya'allah. Saya percaya bahawa anda inginkan perubahan dalam hidup. Begitu jua saya... Nyalakan Impian Anda Sekarang Juga !.."

Persoalan:

"Mengapa hanya 5% individu mempunyai pendapatan berjuta-juta ringgit tetapi 95% mempunyai hanya cukup makan ?."

Fakta yang harus anda akui - Individu yang memilih untuk berniaga lebih berjaya daripada individu yang makan gaji. Individu yang mempunyai "networking" atau JARINGAN yang besar lebih berjaya daripada yang  tiada JARINGAN. Individu yang berjaya dalam perniagaan mesti ada JARINGAN yang kuat .Bersama-samalah kita membina JARINGAN yang kuat dan luas. Kita perlu ingat bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.


RENUNGI & FIKIRKAN SEDALAM MUNGKIN. KERANA SELEPAS MEMBACA MUHASSABAH DIRI INI, MUNGKIN IANYA AKAN MENGUBAH PENDIRIAN ANDA SELAMANYA. BUKALAH HATI & AKUI SEJUJURNYA PADA DIRI ANDA.. INSYA'ALLAH.

Read more...
 
3DS-MAX Bank Model- untuk Designer

3Dbank

Kami mempunyai lebih dari 2000 (2 RIBU) koleksi model-model 3DS MAX untuk kegunaan industri rekabentuk dan persembahan. Aset ribuan koleksi ini adalah hasil 15 tahun pembabitan kami dalam industri rekabentuk dan 3D BANK ini disasarkan khas untuk: 

  1. INTERIOR DESIGNER
  2. ARKITEK
  3. VISUALIZER (JURU PERSEMBAHAN)
  4. EXHIBITION DESIGNER
  5. ANIMATOR
  6. INDUSTRI MULTIMEDIA
  7. PEREKA GRAFIK
  8. INDUSTRIAL DESIGNER & PERABUT
  9. PENGIKLANAN
  10. PELAJAR-PELAJAR BERKAITAN DESIGN


Telah terbukti aset model siapbina 3D ini dapat menjimatkan hampir 80% masa untuk menyediakan model 'mesh' dan 'research' dalam sesuatu proses rekabentuk. Kami menawarkan kos alternatif terendah dipasaran berbanding masa diperuntukkan dalam proses rekabentuk :

  • Model 3dsMax SOFA, KERUSI dan MEJA
  • Model 3dsMax LAMPU DAN AKSESORI
  • Model 3dsMax PERALATAN PEJABAT
  • Model 3dsMax PERALATAN AKSESORI DAPUR
  • Model 3dsMax KELENGKAPAN TANDAS & BILIK MANDI
  • Model 3dsMax PAGAR, TINGKAP DAN PINTU
  • Model 3dsMax  POKOK HIASAN
  • Model 3dsMax PERALATAN ELEKTRIK
  • Model 3dsMax KENDERAAN DARAT, LAUT & UDARA
  • Model 3dsmax ELEMEN BANGUNAN DAN LANSKAP
  • 500 jenis kesan bunyi untuk animasi dan video

-DALAM PEMBINAAN-